Muktamar PAS Akan Tentukan Masa Depan Tahaluf Siyasi Pakatan


KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat menegaskan masa depan tahaluf siyasi atau kerjasama dalam Pakatan Rakyat hanya boleh diputuskan dalam muktamar parti yang akan diadakan pada bulan ini.

Ini kerana menurut beliau, muktamar yang diadakan setiap tahun merupakan kuasa pemutus sekiranya dibangkitkan perwakilan.

“Tahaluf siyasi ini apa yang diputuskan dalam muktamar, jadi kuasa pemutus sebenarnya adalah muktamar.

“Apapun kita tunggu muktamar yang terdekat inilah pada bulan ini di Johor Bahru tapi sedia maklum tahaluf kita ini ada syarat-syaratnyalah seperti meletakkan Islam sebagai kepentingan,” katanya kepada Antarapos.

Satiful Bahri berkata demikian berikutan timbul percanggahan pendapat dalam kalangan pemimpin pakatan terutama dalam menghadapi krisis politik di Selangor yang turut berdepan gesaan agar PAS mengkaji semula hubungan itu.

Tambah beliau, sehingga kini PAS tidak pernah mengkhianati mana-mana kerjasama termasuk ketika bersama Barisan Nasional (BN) dulu.

“Apapun setakat ini PAS punya tahaluf tidak pernah khianat lagi, dari dulu sama ada dengan Umno, Barisan Alternatif mahu pun sekarang dengan Pakatan Rakyat.

“Jadi dalam hal ini PAS masih lagi menetapkan bahawa PAS masih lagi bersama Pakatan Rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Dewan Ulama PAS membentangkan satu resolusi agar meneliti atau mengkaji semula tahaluf siyasi dengan parti yang lain dalam Pakatan.

Kajian semula itu menurut Dewan Ulama PAS perlu dilakukan bagi melihat sama ada matlamat asal kerjasama itu menguntungkan PAS atau sebaliknya.

Satiful Bahri menambah perselisihan yang berlaku diharapkan diselesaikan dengan baik.

“Kita mengharapkan supaya perselisihan pandangan dan perbezaan pendapat diurus dengan baiklah untuk menjamin keterusan Pakatan Rakyat.

“Itu satu tuduhan yang tak betul dan tak berdasarkan isu yang sebenarnya, PAS daripada awal terus komited dengan apa yang diputuskan sebelum ini,” katanya.

Kedudukan PAS dan Pakatan kini, dilihat semakin rapuh apabila parti itu terus menyatakan pendirian bertentangan sekali gus menolak cadangan PKR dan DAP untuk menggantikannya dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana