Muktamar PAS 2014: Perwakilan Wilayah Persekutuan Minta Ahli PAS Contohi UMNO

BATU PAHAT, 19 Sept – Tindakan ahli dan pimpinan Pas yang memperlekeh keputusan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai memalukan sedangkan parti itu menyarung jersi perjuangan Islam.

Perwakilan Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin berkata, Pas sering melabel Umno tidak berlandaskan syariat Islam namun, ahli-ahli parti itu begitu menghormati presiden mereka.

“…Kami melihat bagaimana ketika ALLAH menguji musuh politik kami, Umno Terengganu dengan krisis Menteri Besar selepas PRU yang lalu. Kami melihat ia berakhir dengan bertukarnya menteri besar mereka yang lalu.

“Kami melihat Ya ALLAH bagaimana hanya Presiden mereka yang bercakap, mengarah, dan membuat keputusan. Timbalan Presidennya tidak membantah. Apatah lagi tergamak mengeluarkan kenyataan, konon-kononya itu hanya kenyataan peribadinya (Presiden) saja,” katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden dalam bentuk doa, hari ini.

Beliau turut menyentuh soal sikap pimpinan tertinggi Umno yang tidak kemaruk mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Presiden parti.

“Begitu juga kami dapati seluruh naib-naib presiden dan ahli Majlis Tertinggi mereka, tidak kemaruk untuk mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan presiden mereka.

“Wahai ALLAH apakah mereka ini memahami makna ketaatan, wala’ dan patuh kepada pemimpin mereka melebihi kami yang berjuang atas nama Islam?

Melahirkan kekesalan dalam doanya itu, Azhari menyebut bahawa beliau malu apabila parti musuh itu lebih berakhlak dengan ketua berbanding Pas.

“Kami malu kepada musuh. Kami selalu mengatakan mereka ini sekular. Mereka bukan merujuk kepada ilmu Islam.

“Tapi kenapa mereka lebih berakhlak dengan Presiden mereka berbanding kami yang menyarung jersi Islam sebagai wadah perjuangan?

“Ya ALLAH, kami malu dengan musuh-musuh kami atas apa yang berlaku. Berjuang atas nama Islam, mendukung dasar Islam, menjiwai denyut jantung Islam tapi dalam akhlak berjemaah pun kami dangkal berbanding musuh,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana