Muka Tak Sedar Diri....Aziz Bari Ajar Sultan Selangor Tentang Perlembagaan

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menempelak Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekiranya enggan menerima cadangan Pakatan Rakyat (PR) melantik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk seri Dr Wan Azizah wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor kerana perkara tersebut sudah termaktub dalam Deklarasi Prinsip Perlembagaan 1992.

Abdul Aziz berkata, dalam Deklarasi Prinsip Perlembagaan yang ditandatangani oleh ayahanda Sultan Selangor ketika itu, baginda seharusnya mengikuti nasihat kerajaan negeri bagi melantik Menteri Besar sekiranya perkara itu dipersetujui oleh pemimpin yang berjaya menguasai pentadbiran di Selangor.

Justeru itu, Abdul Aziz berkata, Sultan Selangor harus akur dengan pemilihan yang dibuat PR dan perlu melantik Dr wan Azizah sebagai Menteri Besar baharu, sekirannya enggan berbuat demikian ia jelas melanggar perlembagaan serta memalukan baginda sendiri sebagai Sultan Selangor.

"Kandungan tersebut mengikat baginda hingga hari ini. Tiada kesan undang-undang dalam dokumen tersebut, tetapi secara moralnya akan memalukan baginda jika mengabaikannya.

"Jadi di Selangor, Sultan perlu melantik (Dr Wan Azizah). Meminta lebih nama serta enggan melantik beliau adalah membelakangi deklarasi 1992 dan lebih penting lagi, (membelakangi) perlembagaan itu sendiri," katanya lagi.

Tambah Abdul Aziz lagi, deklarasi tersebut ditandatangani sebelum ini bersama enam Sultan lain. Merujuk kepada laporan sebelum ini, Sultan Selangor telah menangguhkan peletakan jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan meminta PR menghantar dua nama calon baharu selain Dr Wan Azizah bagi mengantikan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu sebagai peneraju Kerajaan Negeri Selangor setelah dia dipecat oleh PKR baru-baru ini.

Daripada sumber setiausaha sulit Sultan Selangor, peruntukan mengikut Perkara LI (1), Perkara LIII (2) (a), (4) dan LV (2) (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Sultan Selangor mempunyai kuasa dalam menentukan pelantikan Menteri Besar dengan kuasa budi bicara mutlak selepas mendapat nasihat atau kepercayaan majoriti Ahli Undangan Negeri (ADUN).

"Sultan Selangor menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, PKR, dan DAP mencadangkan lebih dua nama daripada parti-parti PR sebagai calon MB bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan melantik mana-mana calon yang difikirkan layak." ujar sumber tersebut.

Sebelum ini, PR telah mengemukakan nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi mengantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar walaupun parti PAS telah menghantar nama lain selain Presiden PKR iaitu Timbalan PKR, Azmin Ali sebagai calon kedua menjawat jawatan tersebut. - See more at: http://www.utaranews.com/2014/09/aziz-bari-ajar-sultan-selangor-tentang.html#sthash.MOAd7jyR.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana