MB Selangor: Jika betul...ini kes parah bagi Pakatan Rakyat

Macam-macam desas desus terus berlegar mengenai isu jawatan Menteri Besar Selangor .Terbaru ini memang panas kalau betul. Setakat berita ini dikemaskini petang Khamis beberapa pimpinan PAS kata mereka terkejut dengan berita itu.
Ini ekoran laporan Star Online Khamis bahawa PAS dipercayai kemuka tiga nama Exco PAS Selangor untuk jawatan Menteri Besar.

Kalau betul jawabnya ' perang besar u see' dalam Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali yang diminta mengulas laporan Star Online itu kata PAS hantar tiga nama termasuk seorang ADUN PAS.

Beliau bagaimanapun tidak sebut siapa dua nama lagi yang dikemukakan dalam senarai parti itu pada Istana Selangor.

Menurutnya PAS kemuka tiga nama sebagai menenuhi titah Sultan Selangor yang mahu setiap parti dalam Pakatan Rakyat kemukakan lebih dari dua nama.

Sementara itu desas desus hangat berlegar kata nama Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak ada dalam senarai PAS.

Ikut ceritanya pejabat Presiden sendiri yang hantar surat senarai nama PAS kepada Istana Selangor dan tidak melalui ibupejabat PAS.

Ini yang dikatakan buat Mustapha sendiri ' kurang tahu' tentang hal ini.

Malah Persuruhanjaya PAS Selangor,Iskandar Samad yang juga Exco Selangor dilaporkan sebagai berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkembangan itu.

Katanya PAS Selangor tidak hantar nama tiga Exco PAS Selangor kepada PAS Pusat untuk dipertimbangan bagi jawatan Menteri Besar.

Sudahlah Rabu malam pecah cerita Istana Selangor tolak PKR dan DAP kemuka satu nama sahaja untuk jawatan itu.

Istana Selangor hantar surat jawab tetap mahu parti itu hantar lebih dari dua nama.

Bab ini juga riuh diperbualkan. Malah ada pemerhati politik yang tafsir jawapan itu sebagai petanda kemungkinan besar Istana Selangor tolak nama Wan Azizah  - calon tunggal dari PKR dan DAP

Khamis,Star Online yang memetik sumber-sumber berkata surat PAS calonkan tiga nama Exconya, Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi and Ahmad Yunus ditandatangani oleh Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Surat itu dikatakan dihantar sebelum tarikh akhir 3 September semalam.

Pimpinan PAS sebelum ini berulangkali kata ia mematuhi persefahaman bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah milik PKR.

Malah mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS 17 Ogos setuju namakan Wan Azizah dan tambah nama Azmin Ali untuk dipertimbangkan bagi jawatan Menteri Besar.

Jika betul Haji Hadi bagi tiga nama Exco PAS...persoalannya kenapa begitu jadinya?

Apakah ini kerana beliau hilang sabar dengan kedegilan PKR dan DAP tetap nak kemukakan calon tunggal, Wan Azizah saja sedangkan Istana Selangor mahu lebih dari dua nama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana