MB Akan Buat Laporan Polis

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman menafikan sekerasnya terhadap fitnah yang sedang berleluasa di laman sosial tentang prinsip integriti yang sedang dibawa oleh beliau.

Beliau dalam kenyataannya akan membuat laporan polis serta menfailkan saman kepada pihak yang sedang menyebarkan fitnah itu.

“Pembelian Asrama Mansuroh di Mesir utuk pelajar tajaan Yayasan Terengganu langsung tiada kaitan dengan saya yang ketika itu merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia.

“Laporan polis akan dibuat secepat mungkin dan saya sudah berbincang dengan peguam untuk menfailkan saman kepada salah seorang pemimpin parti pembangkang terhadap fitnah yang disebarkan dalam ucapannya yang turut dimuat naik dalam Youtube”, katanya kepada media.

Ahmad Razif ditemui ketika merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak, petang tadi.

Tambah beliau, kes ini telah lama ditutup oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tiada bukti yang menunjukkan dia bersalah.

“Ini adalah kes lama yang ditimbulkan kembali dan SPRM sendiri telah menyiasat tetapi bukan saya yang disiasat”, ujarnya.

PAS Sudah hilang kredibiliti...Ini ker perjuangan ISLAM selalu bercakap bohong untuk mengkaburi fikiran rakyat Terengganu semata mata untuk meraih sokongan Politik sempitnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana