Mat Taib akui 'nyawa' PAS di Selangor bergantung pada pengundi Cina...

Ini baru isu Menteri Besar Selangor.Bagaimana pula nanti PAS hendak bersilat dengan PKR dan DAP dalam soal hajatnya nak bawa rang undang-undang persendirian mengenai Hudud ke Parlimen tidak lama lagi.
Bayangkan situasinya,khususnya dengan DAP yang kebelakakangan ini tidak pernah berganjak menentangnya.

Sabtu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib sahaja yang kini ahli PAS secara terbuka mengingatkan parti itu 'nyawanya' di Selangor banyak bergantung kepada pengundi Cina.

Mesej itu jelas bila beliau secara terbuka kata jika PAS keluar dari Pakatan Rakyat parti itu akan kalah 10 kerusi Dewan Udangan Negeri di Selangor jika pilihanraya diadakan.

Pada pilihanraya umum ke 13 PAS menang 15 kerusi di Selangor yakni sama banyak dengan DAP.

"PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita 'sentimen Allahu Akbar' sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi,"katanya.

“Jika kita silap percaturan, PR akan menang dan PAS yang tidak dapat undi. Jika ada pilihan raya negeri di Selangor, saya ingat kurang-kurang PAS akan kalah 10 (kerusi),” katanya dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam.

Mungkin kalangan pemimpin PAS tidak berani akuinya tetapi apa yang dikata oleh Muhd Taib itu bukan kisah dongeng.

Hakikatnya jelas...cuba tinjau semua kawasan pilihanraya di Selangor yang PAS menang.Kebanyakannya kerana sokongan pengundi Cina.

Ibarat satu pil pahit yang terpaksa ditelan itulah realitinya yang perlu dihadapi oleh PAS jika ia cuba nak 'main-main'.

Nyata sekali PAS terbelit dalam kerangka politik ini.

PAS sebelum ini mengambil pendirian yang berlainan dengan PR apabila memilih untuk memberi lebih nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pendirian itu ternyata dikecam oleh sebilangan ahli politik dari PKR dan DAP yang dianggap sebagai tidak sependirian dengan mereka.

PKR dan DAP sebelum ini berkeras untuk menamakan calon tunggal, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR sebagai pengganti Khalid.

Melihat senario seperti yang diketengahkan oleh Mat Taib,ramai yang bertanya beranikah PAS terus tunjuk keras kepala kepada PKR dan DAP dalam isu jawatan Menteri Besar.

Atas sebab ini,ada pemerhati politik yang menilai Datuk Seri Anwar Ibrahim nampak tidak gerun kepada ' kejutan' PAS.

Ini dikatakan jelas sekali bila Ketua Umum PKR itu tidak berganjak mahu hanya isterinya calon tunggal.

Malah ada yang meramalkan PKR yang akan untung besar jika PAS hendak ambil jalan sendiri.

Yang pasti golongan Anwarinas dalam PAS sudah tentu akan lompat ke PKR.

Inilah yang dikatakan menjadi dilema besar PAS sehingga kebelakangan ini kelihatan terus ding dong dalam pendirian.

Asalnya tegas sokong Khalid dan kemudianya tarik balik tetapi setakat ini masih tak setuju kemuka satu nama seperti dituntut PKR dan DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana