MAT SABU Tunjuk Belang, Desak Para Pemimpin Ulama PAS Agar Mencontohi dan Meneladani Para Pemimpin DAP

Mat Sabu yang baru-baru ini mendapat pujian meleleh daripada para pemimpin DAP, khususnya Ngeh Kor Ham, hari ini meminta PAS agar berubah dan mencontohi DAP agar PAS lebih diterima oleh masyarakat Malaysia berbanding memperjuangkan Islam secara retorik.

Dia yang juga merupakan antara pekerja rasmi Lim Guan Eng yang dibayar gaji hampir RM50,000 setiap bulan menerusi beberapa bayaran elaun termasuklah dari Syarikat Perbadanan Air Pulau Pinang, hari ini menyatakan bahawa Islam yang dilekatkan pada PAS, suatu hari nanti akan tidak lagi relevan dengan rakyat Malaysia.

Mat Sabu adalah Timbalan Presiden PAS yang memenangi jawatan tersebut buat kali pertama apabila DAP menerusi Lim Guan Eng melaburkan sejumlah wang untuk membeli undi daripada para perwakilan PAS bagi memastikan Mat Sabu menang mengatasi Nasharuddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Mat Sabu lagi, PAS perlu meniru DAP dalam taktik politik iaitu dengan berpura-pura seperti mengambil berat tentang keadilan sosial walaupun hakikatnya ia hanyalah satu lakonan semata-mata dan bertujuan untuk memancing perhatian dan sokongan semata-mata.

Namun menurut Mat Sabu lagi, PAS perlu mencontohi DAP yang memperjuangkan bukan Islam untuk menjajah umat Islam agar suatu ketika nanti, seorang lagi 'Jokowi' akan dipilih untuk menjadi pemimpin.Mat Sabu mengutuk PAS yang masih berterusan meletakkan Majlis Syura sebagai badan teratas dengan menganggap Majlis Syura hanyalah golongan Islamis yang berasakan mereka telah menguasai sepenuhnya parti tersebut sedangkan hakikatnya Majlis Syura hanyalah sebuah badan yang penuh retorik dan tidak mempunyai sebarang kuasa.

"Mereka seharusnya bersama-sama rakyat seperti para pemimpin DAP yang enggan berganjak dari halaman balai polis sehinggalah kesemua anggota PPS yang ditahan, dibebaskan oleh polis,"
kata Mat Sabu

Mat Sabu merujuk kepada insiden di Pulau Pinang apabila anggota-anggota PPS diberkas oleh Polis dan para pemimpin DAP berkumpul dan menunjukkan sokongan kepada anggota-anggota PPS itu.

Menurut Mat Sabu lagi, ulama-ulama PAS yang seringkali menggunakan retorik agama pada sepanjang masa, seharusnya mencontohi dan menjadikan para pemimpin DAP sebagai teladan serta turun bersama-sama rakyat, bukannya sekadar memberikan syarahan dan ceramah semata-mata.

"Para pemimpin PAS tidak lagi sepatutnya menggunakan Islam untuk mendapatkan undi daripada rakyat.

Sudah sampai masanya untuk PAS membenarkan seorang 'Jokowi' diundi dan dipilih oleh rakyat Malaysia. Para pemimpin jumud PAS perlu sedar diri dan memberikan sokongan kepada orang yang boleh mendapat undi popular."

"Undi popular - apabila tiba masanya - hanya boleh diperolehi oleh seseorang yang 'seperti Jokowi.' Pucuk pimpinan PAS tidak perlu berbangga sangat dengan Islam untuk mempertahankan diri mereka daripada sebarang tindakan," tegas Mat Sabu.

Nampak gayanya Sabun sudah besar kepala. Sudah cukup berani mendedahksn kepada umum, siapa dirinya.

Mungkin sengaja mencetuskan kontroversi apabila golongan Anwaris tidak dipilih menjadi calon..

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana