Mat Sabu Seru Ulama Dalam PAS Contohi Khomeini Jika Ingin Kekal Relevan

BAKAL Presiden PAS, Mat Sabu sekali lagi telah membuktikan bahawa dirinya adalah individu yang paling berkuasa dan layak menggantikan Hadi Awang apabila berani menjentik golongan ulama dalam parti Islam itu agar lebih 'up to date' jika mahu terus kekal relevan.

Mat Sabu yang dibayar gaji hampir RM50,000 setiap bulan serta pelbagai elaun lain dengan menjadi pekerja rasmi Lim Guan Eng di Pulau Pinang telah menyatakan bahawa Islam yang dilekatkan pada PAS, suatu hari nanti tidak lagi relevan dengan jiwa rakyat Malaysia.

Sambil memuji-muji nama Ayatollah Khomeini yang juga merupakan tokoh ajaran Syiah di Iran yang terkenal dengan zaman revolusinya, Mat Sabu menyeru  pada kumpulan ulama dalam PAS supaya  bangkit dan berubah kononya rakyat sudah bosan dengan retorik atas nama Islam.

Menurut Mat Sabu lagi, PAS perlu meniru pendekatan yang digunapakai DAP dalam taktik politik iaitu dengan berpura-pura seperti mengambil berat tentang keadilan sosial walaupun hakikatnya ia hanyalah satu lakonan semata-mata dan bertujuan untuk memancing perhatian dan sokongan semata-mata.

Kenyataan Mat Sabu yang cuba merendah-rendahkan martabat ulama dalam PAS mendapat kecaman hebat dari ahli partinya sendiri yang menganggap kenyataan Mat Sabu itu sebagai bongkak dan menghina ulama.

Seorang penyokong tegar PAS yang manyanjungi golongan ulama dalam parti itu dalam satu komentarnya di laman sosial telah menyarankan Mat Sabu supaya menaik taraf dirinya dahulu dengan mendalami ilmu agama atau belajar menghafaz al-Quran sebelum berani mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh ulama.

Seorang lagi penyokong PAS dalam komentar pendeknya telah menyarankan Timbalan Presiden PAS itu membuat permohinan maaf  secara terbuka kerana telah menghina ulama dengan berkata, Mat Sabu harus bertaubat!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana