Mat Sabu buat lawak pada kritikan...juga nafi nak jatuhkan Hadi

Sekalipun beberapa kali membuat kenyataan yang jelas lawan tauke yakni bercanggah dengan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam isu Menteri Besar Selangor,Timbalan Presiden Mat Sabu tampil bersahaja dalam ucapan penutup Muktamar PAS.
Beliau juga dikutuk sakan kerana tindak tanduknya seperti kejadian 50 perwakilan keluar dewan masa beliau berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS dan wakil Wilayah Persekutuan di Muktamar PAS Pusat yang baca doa khas hentamnya di perbahasan.

Namun Mat Sabu tetap Mat Sabu...beliau hanya buat lawak pada pada perbahasan Azhari Ariffin yang berdoa lebih 20 minit itu sebagai satu taktik baru agar dapat bercakap panjang.

Katanya dengan cara doa itu Pengerusi Tetap tidak boleh suruh berhenti.

Dengan nada menyindir beliau berkata lepas ini baca talkin pula.

Sebelum ini ketika diminta mengulas tindakan 50 perwakilan Pemuda keluar dewan masa beliau berucap,Mat Sabu kata mungkin mereka nak keluar pergi sembahyang.

Dalam ucapannya di penutup muktamar itu,Mat Sabu bagaimanapun menafikan beliau hendak menjatuhkan Hadi.

Beliau menceritakan kepada perwakilan bagaimana beliau sendiri pernah datang berkempen di kawasan Parlimen Marang setelah mendengar kemungkinan Presiden PAS itu mungkin kalah dalam pilihanraya umum di situ.

Tegas Mat Sabu ini kerana beliau tidak mahu lihat seorang Presiden PAS kalah pilihanraya.

Katanya beliau sendiri ada turun ke Temerloh untuk membatu kempen Nasrudin Tantawi setelah mendengar mungkin penyokong Cina di situ tidak mahu mengundinya.

Nasrudin Tantawi yang diketahui umum orang kanan Hadi beberapa kali menulis dalam facebooknya mengecam pimpinan yang membuat kenyataan bercanggah dengan Presiden PAS.

Turut sama kerap menghentam puak yang bercakap tidak selari dengan Presiden PAS ialah Nik Abduh,anak kepada Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana