Mat Razi Kesal PAS Lempar Fitnah...Malulah Sikit PAS Kata Perjuangan Islam?

TUMPAT, 19 Sept - Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail kesal kerana PAS sentiasa menyerang peribadi beliau dan melempar fitnah terhadapnya dalam kempen mereka.

Beliau berkata fitnah terbaharu pembangkang itu disebarkan secara meluas menerusi internet dengan mendakwa kononnya beliau mempunyai kekasih gelap dan akan mendedahkan siapakah wanita itu.

"Jangan memfitnah kerana manusia yang memfitnah akan dilaknat serta berdosa besar, sekarang kita riang ria memfitnah orang tetapi di saat kita mati nanti, Allah SWT akan tunjukkan sesuatu," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sebelum ini, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, mempertikaikan gelaran ustaz Mat Razi dan menyifatkan bekas timbalan pegawai pendidikan daerah Tumpat itu tidak layak dipanggil ustaz kerana pernah bekerja sebagai penjawat awam dan berpakaian formal ketika bertugas.

Terbaharu, sebuah blog iaitu negarapakatanrakyat.blogspot.com yang dipercayai milik parti pembangkang mendakwa calon BN itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang bekas pelajarnya.

Mat Razi berkata tuduhan itu semata-mata fitnah besar pembangkang.

Sementara itu, Mat Razi berkata gerak kerja untuk menawan hati penduduk sentiasa dijalankan dan hampir 70 peratus kawasan di DUN berkenaan telah dilawati.

Meskipun sibuk dengan pelbagai kempen sepanjang PRK, beliau tidak akan mengabaikan Pondok Agama Simpangan miliknya.

"Rutin setiap pagi tetap diamalkan iaitu selepas solat Subuh saya akan membaca Yassin bersama pelajar pondok dan selepas sarapan pagi saya akan arahkan pelajar untuk mengerjakan solat Dhuha," katanya.

Pilihan raya kecil pada 25 Sept itu membabitkan pertandingan tiga penjuru antara Mat Razi, Wan Rosdi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana