Lucu tengok gelagat Mat Sabu di sidang akhbar Hadi...

Sudah menjadi kebiasaan sidang akhbar mana-mana presiden parti ia dikendalikan oleh Setiausaha Agung parti atau Setiausaha Akhbar.

Namun pada sidang akhbar Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang selepas majlis perasmian Muktamar PAS di Batu Pahat...Timbalan Presiden Mat Sabu cukup sibuk mencelah nak mengatur.

Mat Sabu yang sebelum ini ada membuat kenyataan-kenyataan bertentangan dengan pendirian Hadi dalam isu Menteri Besar Selangor duduk di sebelah Presiden PAS di sidang akhbar itu.Hadir sama Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali.

Malah sewaktu Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi kelmarin,sekitar 50 perwakilan telah bertindak keluar dewan dipercayai kerana nak tunjuk protes terhadap gelagat Mat Sabu yang tidka dokong Hadi dalam isu itu.

Mustapha nampak relaks sahaja.Sebaliknya Mat Sabu nampak macam asyik nak potong soalan wartawan dan nak sidang akhbar itu habis cepat.

Apakah kerana takut soalan-soalan panas ditujukan oleh ramai wartawan situ?

Ada beberapa wartawan di sidang akhbar itu berbisik sesama sendiri hairan tengok gelagat Mat Sabu.

Seorang wartawan sempat tanya Hadi mengenai hubungannya dengan Mat Sabu.

Hadi jawab bagaimana mereka boleh duduk sebelah kalau tidak ngam.Mat Sabu pun tertawa sama.

Diminta ulas mengenai kehadiran wakil PKR dan DAP yang junior saja pada majlis perasmian, Hadi cuba berdiplomasi kata mereka (PKR) ialah Naib Presiden yakni Tian Chua dan Shamsul Iskandar Md Akin.DAP pula cuma Ahli Parlimen Kluang saja.

Hadi juga cuba downplay ketegangan dengan PKR dan DAP mengenai isu Menteri Besar Selangor.

Katanya semua orang ada masalah dan yakin ia boleh diselesaikan.

Ditanya apakah Tan Sri Khalid Ibrahim akan diterima sebagai ahli PAS,hadi berkata hal itu tidak berbangkit lagi.

Mengenai siapa Menteri Besar Selangor,katanya PAS serah pada bidibicara Sultan Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana