Lantikan Exco Selangor : Agenda Politik Balas Dendam PKR Terhadap Pas

KUALA LUMPUR, 26 Sept –  Selepas Pas menolak pencalonan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar (MB) Selangor kini PKR mula membalas dendam dengan menggugurkan dua exco dari Pas, Sallehin Mukhyi dan Dr Halimah Ali.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali AlHabshee, tindakan menggugurkan satu exco dari Pas bukan sahaja dilakukan kerana niat membalas dendam juga kerana mahu menendang keluar Pas dari Pakatan Rakyat.

Kata Syed Ali, penambahan dua exco dari PKR iaitu Amiruddin Shaari dan Nik Nazmi Ahmad sudah jelas membuktikan bahawa parti itu tidak menghormati Pas sebagai rakan sekutu.

Selain mahu memastikan Pakatan Rakyat terus didominasi oleh PKR dan Dap sebagai ‘abang besar’ Pakatan Rakyat. Ianya juga dilakukan kerana mahu meluas pengaruh Anwar Ibrahim dalam mempengaruhi segala keputusan kerajaan negeri Selangor.

“Saya sudah memberitahu sejak dulu lagi, Pas kena membuat satu keputusan berani keluar dari Pakatan Rakyat dan bekerjasama dengan UMNO memperjuangkan kepentingan Islam dan bangsa Melayu. Bagi mempastikan martabat Islam dan Melayu terbela di negara ini, Pas kena bersama-sama dengan parti Melayu seperti UMNO.

“Sampai bila Pas harus membiarkan parti itu terus diperlekehkan oleh sekutu yang tidak akan bersama-sama Pas memperjuangkan Islam. Pas tidak harus menjadi ‘paria’ Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim sehingga menjejaskan maruah parti itu di mata masyarakat. Sampai bila Pas akan terus dikeldaikan demi nafsu politik Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim,’’ katanya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.

Menurut Syed Ali, kemelut politik yang melanda negeri Selangor berhubung pelantikan MB mempunyai seribu hikmah dan memberi peluang kepada Pas menilai keikhlasan PKR dan Dap.

Kata Syed Ali, Pas harus melihat kepentingan Islam dan Melayu mengatasi kepentingan Pakatan Rakyat. Sudah jelas lagi bersuluh bahawa PKR dan Dap bukannya parti yang benar-benar tulen dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

Perjuangan PKR sebagaimana yang diketahui umum, adalah untuk menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan perjuangan Dap untuk menghapuskan keistimewaan orang Melayu di negara ini.

“Bagi saya imej dan maruah Pas sudah tercalar teruk dengan kelicikan politik PKR dan Dap. Ternyata kewujudan Pakatan Rakyat tidak berdaftar itu semata-mata kerana agenda besar Anwar Ibrahim mahu menjadi Perdana Menteri.

“Bohonglah kalau Pakatan Rakyat berjuang kerana kepentingan rakyat kerana sejak penubuhannya lagi kita lihat parti ini terus didominasi oleh Anwar dan Dap merupakan pengkhianat besar rakyat serta pembunuh perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Penyertaan Pas dalam Pakatan Rakyat tidak lebih hanya sebagai umpan PKR dan Dap menarik sokongan undi Melayu kepada parti itu,’’ tegas Syed Ali.

MB Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini, mengumumkan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baru. Komposisi exco mengikut parti adalah 4 dari PKR, 3 PAS dan 3 DAP. Tiga exco PAS, Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Mohd Zaidy.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana