Krisis menteri besar: Sultan Selangor bidas PKR

KLANG 26 Sept. - Sultan Selangor, Sultan Sarafuddin Idris Shah hari ini membidas Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyifatkan pergolakan dalaman PKR dan "Kajang Move" (Langkah Kajang) sebagai punca Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkir daripada jawatan Menteri Besar Selangor.

Sultan Sarafuddin bertitah, walaupun PKR telah diminta untuk menghentikan serangan terhadap Abdul Khalid namun ia tidak diendahkan dan terus dilakukan termasuk dalam bulan suci Ramadan di mana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan amal.

"Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di negeri Selangor ini supaya pada bulan Ramadan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah dan melakukan amal jariah kita supaya diterima oleh Allah.

"Tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan suci Ramadhan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri DatoĆ¢€™ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor ," tegas Sultan Sarafuddin.

Dalam titah pada Majlis Pelantikan Exco Baru Negeri Selangor di sini petang ini, Sultan Sarafuddin mengucapkan terima kasih kepada Abdul Khalid yang telah berjaya menjalankan tugas sebagai menteri besar.

"Di sini Beta ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai menteri besar, yang mana hubungan istana dengan beliau telah berjalan dengan baik dan lancar," titah Sultan Sarafuddin.

Sultan Sarafuddin bertitah, krisis yang berlaku berkenaan dengan menteri besar Selangor telah membuka mata dan hati serta pandangan Baginda terhadap politik di Negeri Selangor ini .

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana