Krisis MB: "Saya Terguris" - Wan Azizah

PETALING JAYA: Selepas dikritik dan dianggap tidak berkebolehan untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akhirnya tampil bersuara.

Mengakui terguris dengan kenyataan terbuka Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang secara terang menolak pencalonannya ke jawatan ketua eksekutif Selangor itu, Dr Wan Azizah bagaimanapun menghormati pandangan terhadapnya.

"Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat, walaupun saya menghormati pendapat Datuk Seri Abdul Hadi mengenai kebolehan dan kemampuan saya.

"Walaubagaimanapun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri...insyaAllah," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Jumaat lalu, kemelut politik yang berpanjangan membabitkan kedudukan menteri besar Selangor semakin parah apabila Abdul Hadi secara terbuka mempertikai kemampuan Dr Wan Azizah untuk mentadbir Selangor.

Penjelasan Abdul Hadi menerusi sesi dialog di Marang, Terengganu itu sekaligus memberi jawapan mengapa PAS menolak pencalonan Dr Wan Azizah.

Pendirian berkenaan akhirnya mewujudkan ketegangan di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk kenyataan lantang Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad yang mahu Abdul Hadi menarik balik kenyataannya itu.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Dr Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang (ADUN) Kajang bagaimanapun menasihatkan ahli partinya supaya menghentikan 'serangan balas' terhadap Abdul Hadi.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Abdul Hadi dan keluarga atas jasa beliau dan bantuan kepada saya sejak 1999 lagi. Saya juga tidak akan lupa budi baik pimpinan dan anggota PAS yang lain yang banyak membantu saya dan keluarga.

"Saya mendoakan Datuk Seri Abdul Hadi dipanjangkan umur dan seluruh perjuangan kita dibantu Allah SWT dan diberikan kemenangan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana