Krisis MB Kini Buka Pintu Kepada Azmin Dan Iskandar

PETALING JAYA 9 Sept - Kemelut Menteri Besar Selangor kini dilihat membuka peluang besar kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sebagai calon terbaik untuk menjawat jawatan tersebut.

Kekecewaan Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap PKR dan DAP yang hanya mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon tunggal memaksa pihak Istana memilih calon lain dari kalangan Pakatan Rakyat (PR).

Menurut laporan The Star Online, Iskandar merupakan nama ADUN PAS yang dicalonkan parti untuk mendapat pertimbangan Sultan dan Azmin merupakan calon alternatif dari PKR selepas Azizah.

Istana menerusi kenyataannya semalam menjelaskan dukacita Sultan terhadap keingkaran PKR dan DAP dan kini akan menggunakan budi bicara Sultan untuk menilai calon lain dari kalangan PR.

"Di dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik Menteri Besar Selangor terletak pada budi bicara Sultan Selangor, maka Baginda juga  akan meneliti nama-nama ADUN yang lain dari Pakatan Rakyat yang berkelayakan dan pada fikiran Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri," kata Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani.

Dari sudut perlembagaan, syarat wajib melayakkan seseorang itu dilantik sebagai Menteri Besar Selangor mestilah beragama Islam dan berbangsa Melayu.

Di Selangor, calon Melayu beragama Islam dari PR terdiri daripada 25 orang, masing-masing 10 dan 15 dari PAS dan PKR.

Di dalam PAS, calon sesuai dilantik sebagai Menteri Besar selain Iskandar adalah Sellehin Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi sepertimana yang dicalonkan PAS menerusi surat pertama yang dihantar parti itu ke Istana.

Surat pencalonan itu kemudiannya ditarik semula dan PAS hanya mencalonkan satu ADUN dari partinya daripada tiga nama yang diserahkan kepada Istana.

Sementara itu dalam PKR, Azmin dilihat calon yang berpotensi tinggi selain ADUN Ijok Dr Idris Ahmad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana