Krisis dalaman PAS, Khalid ‘tuding ustaz muda’

KUALA LUMPUR — Dalam satu wawancara khas diada dan disiarkan berita portal Malaysiakini, Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad menafikan terdapat gerakan senyap cuba menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dari kerusi yang didudukinya.
Beliau ditemui secara eksklusif oleh wartawan Malaysiakini bagi mendapat penjelasan ekoran ‘krisis dalaman PAS’ yang hangat diperkatakan ramai.
Selain Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dan Naib Presiden Datuk Husam Musa, Khalid menjadi tumpuan penggemar politik kerana ‘dilihat menongkah arus’ kepimpinan Hadi Awang dalam isu melibatkan kerusi menteri besar Selangor disandang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
Spekulasi penentangan berlaku bilamana Hadi Awang menyatakan sokongan terbuka kepada Khalid Ibrahim sewaktu Khalid Ibrahim mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat perkenan meneruskan tugas-tugas selaku menteri besar.
Khalid Ibrahim mendapat perkenan baginda tuanku walaupun jawatankuasa disiplin PKR mendapati beliau melanggar peraturan dan etika parti lantas dilucutkan keahlian.
Tuanku sultan akhirnya perkenan mengekalkan Khalid Ibrahim selaku menteri besar mengambil kira sokongan ‘tanpa syarat’ 12 ahli dewan undangan negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) diikuti 15 Adun PAS dan Khalid Ibrahim sendiri selaku Adun bebas.
Apabila baginda sultan perkenan mengekalkan Khalid Ibrahim, Khalid Samad antara ahli PAS yang awal bersuara mempertikai keputusan Hadi Awang selaku presiden serta baginda tuanku Sultan Selangor.
Kekecohan dalaman PAS semakin kemuncak bilamana dua dari 15 Adun PAS membuat keputusan dikatakan ‘mendapat restu pemimpin tertinggi PAS’, bagi menyokong Adun PKR Kajang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar dan ia termeterai dalam bentuk surat akuan bersumpah yang sukar dibatalkan.
Siapakah ‘pemimpin tertinggi’ PAS yang kononnya merestu tindakan Adun PAS Hulu Klang Saari Sungip dan Adun PAS Morib Hasnul Baharuddin menyokong Wan Azizah lantas menjadi punca kemelut dalaman PAS.
Sewaktu wawancara bersama Malaysiakini dipetik dari laman berita portal tersebut Khalid mengaku mendapat kecaman terutama dari ahli akar umbi PAS yang baru berjinak-jinak dalam politik dan beliau sifatkan sebagai ‘ustaz muda’.
“Dakwaan berhubung usaha untuk menjatuhkan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanyalah satu persepsi yang dibangkitkan oleh golongan digelar “ustaz muda” dalam parti.
“Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata PAS tidak pernah menjalankan sebarang usaha untuk menyingkirkan Abdul Hadi,” tulis Malaysiakini.
Khalid Samad turut mengakui bahawa presiden parti, Hadi Awang, tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat oleh rakan pakatannya, PKR dan DAP mengenai isu menteri besar Selangor. Namun Khalid menganggap itu sebagai biasa serta yakin tidak akan menjejaskan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Saya rasa (ia) tidak akan menimbulkan masalah, terhadap kepimpinan dalam pada Tok Guru Abdul Hadi. Hanya menjadi masalah, ada timbul persoalan (desas-desus) nak keluar Pakatan.
“Khabar angin ini sukar nak pisahkan antara betul dan direka. Saya rasa selagi mana komitmen (Hadi dalam) Pakatan Rakyat itu tetap mantap dan kukuh, (maka) tidak akan ada masalah,” kata Khalid Samad seperti dilapor Malaysiakini.
Khalid Samad turut mengaku agak sukar untuk menentukan apakah tindakan lanjut presiden parti dalam situasi kini.
- See more at: http://www.selangorpress.com/?p=3136&utm_medium=facebook&utm_source=twitterfeed#sthash.Ke08BLZY.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana