KJ ulas isu Selangor di Pengkalan Kubor...kutuk Anwar, lambung Khalid

Berkempen untuk kemenangan BN di Pengkalan Kubor, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ditanya pengundi apa sebenarnya berlaku di Selangor, iaitu berkaitan kemelut penukaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Soalan ini mungkin relevan kerana ramai pengundi Pengkalan Kubor dulu undi PKR, parti yang memecat Khalid Ibrahim.

Menjawab soalan 'bola tanggung' itu, Khairy memberikan penjelasan dengan menyindir Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu perebutan jawatan MB Selangor..

“MB di negeri Selangor ini bukan Menteri Besar, tetapi ‘My Bini’, sebab itulah dia mulakan apa yang dikenali ‘Langkah Kajang’,” kata Khairy sinis.

Menurut Khairy, krisis politik yang berlaku di Selangor berpunca daripada kerakusan kuasa pemimpin pembangkang yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Khalid Ibrahim.

“Ada pemimpin yang iri hati dengan MB sedia ada. MB sedia ada bukan orang UMNO, tetapi bagi saya, dia tidak ada buat salah sangat.

“Khalid ini dulu orang korporat, dia jaga peniaga, dia pakar meniaga. Dulu Kerajaan Negeri Selangor tidak ada rizab tunai yang banyak, tetapi sekarang ada RM3 bilion dalam simpanan.

“Ada pemimpin yang nampak RM3,000 juta tu, nak guna. Dia tengok Khalid ini kedekut sedikit, sebab Khalid ini orang kewangan, dia jaga PNB dulu. Dia tidak mahu berbelanja suka hati, dia hendak jaga kewangan,” katanya.

Jelas Khairy, tindakan PAS tidak mahu menerima Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB, kerana parti itu sedar Presiden PKR itu tidak menggalas jawatan tersebut.

Menurut Khairy, krisis itu bukan sahaja menyebabkan PKR berpecah, tetapi PAS turut menerima nasib sama.

“PAS tidak terima Wan Azizah, sebab dia tidak akan jadi MB sebenar, tetapi MB boneka, belakang adalah Anwar.

“Apa yang berlaku di Selangor ini bukan sahaja memecahkan PKR, tetapi PAS sendiri turut berpecah.

“Paling malu sekali adalah titah daripada tuanku Sultan Selangor tidak ikut, sampai tuanku kata ini tindakan menderhaka,” ujarnya.

Sementara itu, dalam program berasingan petang Isnin, Khairy menyuarakan keyakinan seramai 45 peratus pengundi muda di Pengkalan Kubor tidak akan mensia-siakan peluang untuk terus memilih BN 25 Sept ini.

"Alhamdulillah saya lihat semua pengundi muda ini mengenali calon BN, (Mat Razi Mat Ail) yang mampu membawa kesinambungan Allahyarham dan mengambil berat masalah mereka.

"Mereka tahu jasa Allahyarham semasa menjadi wakil rakyat telah banyak membuat perubahan dan jika bukan jasanya tidak ada apa-apa sebenarnya di Pengkalan Kubor,"katanya.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata kewibawaan calon BN yang dilihat bukan sahaja mampu membawa pembangunan fizikal tetapi juga mampu membawa golongan muda itu membentuk sahsiah yang baik berdasarkan kepada perwatakan ilmu agama yang ada pada Mat Razi.

Katanya dalam beberapa sesi pertemuan dengan golongan itu, mereka mahukan pembangunan yang lebih menyeluruh bagi masa depan mereka termasuk peluang ekonomi yang boleh disertai mereka.

Menurutnya hasrat golongan itu yang mahukan lebih banyak gelanggang futsal umpamanya akan diberi perhatian asalkan ada tapaknya.

"Masalah utama adalah tanah kerana ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Apa pun kita jamin untuk bina juga gelanggan itu," katanya.

Beliau turut mengingatkan jentera Pemuda supaya berkerja dengan berkesan kerana mereka bakal berdepan saingan yang sengit dengan parti lawan yang akan melakukan apa sahaja untuk merampas DUN berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana