Khalid cabar Anwar buat laporan SPRM...Jahatnya Bang Non Ni

 SHAH ALAM: Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat semua perjanjian yang diluluskan sepanjang tempoh beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

"Saya mengalu-alukan semua pihak termasuk SPRM untuk semak dan siasat semua perjanjian yang ditandatangai semasa saya menjadi Menteri Besar.

"Ini termasuk perjanjian air Selangor dan perjanjian pembangunan di Canal City. Peguam saya akan keluarkan kenyataan penuh berhubung hal ini," ujarnya di laman mikro Twitternya.

Cabaran itu dibuat sebagai reaksi kepada kenyataan Anwar semalam kononnya beliau akan meminta Menteri Besar Selangor yanga baru, Azmin Ali mendedahkan senarai syarikat dan individu yang mendapat manfaat jutaan ringgit daripada rundingan air yang ditandatangani Khalid.

Anwar berkata demia ketelusan, rakyat Selangor patut tahu siapa yang mendapat manfaat daripada kontrak itu.

“Saya tidak kisah jika orang ramai mendapat faedah dariapda rundingan itu tetapi siapa yang akan membayarnya?

"Rakyat Selangor,” katanya ketika ditemui di ceramah menentang Akta Hasutan 1948 di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana