Ketua Pemuda PAS bagaikan 'bercakap depan mayat' di muktamar...

Jika ambil dari tanda-tanda awal ini nampak macam Muktamar PAS bakal bergoncang sakan.Ini gara-gara aksi sekitar 50 orang perwakilan yang memakai jakat hitam 'Kami bersama Presiden dan Majlis Syura' .

Mereka mencuri perhatian bila bertindak keluar dari Dewan Choon Moi, di Kota Tinggi semasa Timbalan Presiden PAS Mat Sabu berucap untuk merasmikan Muktamar Pemuda PAS di situ petang Selasa.

Perwakilan yang kebanyakan dari Pahang itu dipercayai nak tunjuk protes terhadap Mat Sabu yang tidak sebulu dengan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam isu Menteri Besar Selangor.

Tindak tanduk mereka diikuti oleh sebilangan perwakilan lain.

Muktamar sayap Pemuda PAS,Dewan Muslimat dan Dewan Ulamak PAS diadakan di tiga tempat berasingan menjelang Muktamar PAS Pusat di Batu Pahat pada 18 hingga 20 September ini.

Muktamar Pemuda diadakan di Kota Tinggi,Dewan Muslimat (Wanita) di Pulai Springs Resort,Johor Bharu manakala Dewan Ulama di IOI Palm Villa Golf and Country Resort di Kulaijaya,

Muktamar PAS kali ini menjadi perhatian ramai ekoran ketegangan dalaman antara puak Anwarias dan ulama yang berbeza pandangan tentang pendirian Presiden PAS terhadap isu Menteri Besar Selangor.

Ketua Pemuda PAS,Suhaizan Kaiat dalam ucapan dasarnya menegaskan pergerakan yang dipimpinnya tetap akan mempertahankan pendirian PAS dikala menjalankan usaha untuk memperbaiki hubungan denganb PKR dan DAP.

Sementara itu wartawan Harakahdaily sendiri telah memberi gambaran yang suram tentang suasana majlis perasmian Muktamar Pemuda di bawah tulisan yang bertajuk : Membaca 'kesunyian' perasmian muktamar pemuda"
BERIKUT IALAH TULISAN WARTAWAN HARAKAHDAILY WAN NORDIN WAN YAACOB :

MUKTAMAR Pemuda PAS Malaysia berlangsung di Dewan Choon Moi, Kota Tinggi bermula hari ini ( Selasa)  dengan perasmian disempurnakan oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan ucapan dasar Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat bertemakan ' Memperkukuh Muafakat' bermula agak sejuk.

Dalam suasana 'politik yang panas' hari ini berikutan isu krisis pelantikan Menteri Besar Selangor, ucapan dasar yang disampaikan oleh Ketua Pemuda seolah-olah disambut sepi oleh perwakilan, termasuk kurangnya sahutan laungan takbir ketika bekas Ketua Pemuda PAS Johor ini meninggikan nada pada beberapa 'point' penting dalam ucapannya.

Sepintas lalu ucapan dasar ketua pemuda pada muktamar kali ini bagaikan 'bercakap depan mayat' yang tiada lagi gerak gentanya. Sekian lama muktamar dihiasi dengan laungan takbir dan laungan sorak apabila beberapa point penting ditekankan ketua-ketua pemuda, namun kali ini bagaikan sepi tak bersahut.

Muktamirin bagai memerhati sahaja tingkah ketua pemuda yang 'bersemangat' membuka silat pencak bagi membungkam sepi muktamirin, hatta ketika Suhaizan bercakap mengenai jihad di Palestin dengan mengalukan kehadiran wakil Hamas ke Muktamar Pemuda PAS ke-55 ini.

Entah ke mana wajah-wajah segar para perwakilan yang sebelum ini cukup agresif dalam menatari setiap bait kata ucapan dasar ketua pemuda, kali ini bagai bermain dalam halusinasi yang tidak berkesudahan.

Mungkin leteran luar daripada pengkritik yang mendakwa bahawa bibit perpecahan semakin ketara di dalam saf kini menjadi satu lagi bayangan keabsahan yang tidak boleh tertolak.

Laungan isu, laungan kata semangat dan pugaran isu untuk menongkah kejahatan Umno-BN langsung tidak bersahut.Suara bentak Suhaizan bagaikan tidak mampu membuka minda perwakilan yang ketika ini mungkin sedang berteka-teki kemana haluan sebenarnya Pemuda PAS selepas ini.

Mungkin sekali kesan isu krisis MB Selangor dengan pendedahan 'jahat' ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung inti pertemuan tertutup Pemuda Pakatan Rakyat akhirnya menjadi asas kepada perwakilan untuk menutup semangat sebenar muktamar.

Di peringkat awal ini, muktamar bagaikan dilanggar garuda, sunyi sepi dan tiada bernyawa, bagaimanapun ramai yang berpandangan di peringkat perbahasan nanti bakal berlaku 'kegoncangan' yang dahsyat termasuk isu-isu membabitkan kepimpinan dua hala.

Sama-sama kita nantikan perbahasan yang akan bermula pada malam ini dan berakhir pada tengahari esok.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana