Kes royalti yang diputar belit PAS... TPM cadang dedah dokumen rahsia

Menjelang 25 September, iaitu hari pengundian dalam pilihanraya kecil Pengkalan Kubor, parti-parti berttanding semakin rancang berkempen menarik sokongan pengundi.
Antara isu utama mendominasi pusingan akhir kempen ini adalah isu royalti petroleum.

Penjelasan BN sejak hari pertama kempen, serta dakwaan berterusan yang diputar (spin) kerajaan PAS menyebabkan rata-rata rakyat Kelantan khususnya pengundi Pengkalan Kubor jadi keliru.

Hendak percaya yang mana, dan siapa yang bercakap benar.

Sebab itu wujud cadangan supaya kerajaan pusat mendedahkan beberapa dokumen yang diklarifikasikan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) menjadi dokumen awam untuk membolehkan rakyat Kelantan lebih memahami isu yang diputar belitkan oleh kerajaan PAS ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, laporan berkaitan hasil penyelidikan dan siasatan Jawatankuasa Khas Mengkaji Tuntutan Kelantan terhadap royalti petroleum dicadang didedahkan kepada awam.

Beliau berkata laporan tersebut telah siap dan telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagaimanapun masih menjadi dokumen rahsia yang tidak boleh didedahkan kepada umum.

``Saya sedang berhubung dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang berada di luar negara dan kalau beliau bersetuju dan Jemaah Menteri boleh putuskan pada Rabu ini.

``Maka kita (kerajaan) boleh `diklasifikasikan' (ubah status) dokumen ini tapi kita akan dapatkan nasihat daripada peguam negara dan perdana menteri sendiri,'' katanya di Telaga Bata Tumpat pada Ahad.

Muhyiddin berkata laporan tersebut dihasilkan oleh jawatankuasa berkenaan yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamed dengan beberapa anggota jawatankuasanya termasuk Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Ismail Petra.

Beliau berkata laporan tersebut menyatakan dengan jelas terutamanya pendirian kerajaan persekutuan adalah betul kerana tidak terdapat apa-apa hasil minyak dalam lingkungan tiga batu nautika dari pantai Kelantan.

Menurut Muhyiddin, PAS selama ini terus menyebut menjadikan royalti petroleum sebagai isu walaupun mereka sendiri melarang BN membangkitkan perkara ini kerana subjudis kerana kes tersebut masih dibicarakan di mahkamah.

"Kamu (wartawan) semua sudah lama di sini, kamu sendiri melihat siapa yang membuat macam-macam sebaran, papan tanda yang mengelirukan dan ucapan-ucapan pemimpin mereka masih lagi menyentuh hal yang sama

"Sebab itu kita ambil pendekatan proaktif untuk ambil isu ini, di bawa ke depan dan dijelaskan kalau saya rakyat Kelantan yang tidak tahu fakta merasa marah tetapi ini satu perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab

"ini satu daripada bahan (dokumen) yang boleh membantu untuk menghilangkan keraguan di kalangan rakyat Kelantan, siapa pihak yang benar...,"ujar Muhyiddin.

Pada hari pertama kempen PRK Pengkalan Kubor, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu mahu semua pihak tidak menjadikan tuntutan royalti bahan kempen kerana isu tersebut masih di peringkat di mahkamah dan ia tidak boleh dibincangkan di khalayak ramai.

"Ingin saya ingatkan bahawa isu royalti masih dalam kes mahkamah dan isu dalam mahkamah adalah isu yang tidak boleh diperbincangkan.

"Jika mana-mana pihak khususnya kerajaan cuba membangkitkan perkara ini kemungkinan dari segi undang-undang kita akan buat laporan kepada pihak yang berkenaan atau mahkamah," katanya.

PAS sebelum ini mendakwa syarikat minyak dan carigali Petronas tidak membayar royalti berjumlah RM12 bilion kepada kerajaan Kelantan.

Muhyiddin bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menganggapnya sebagai fitnah serius.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana