Kenyataan Media Berkenaan Isu Pasukan Peronda Sukarela...Mari Sini Baca

Lim Guang Eng sengaja mempolitikkan isu PPS dgn tujuan membangkitkan kemarahan rakyat khususnya kaum-kaum tertentu terhadap PDRM. Beliau sepatutnya sedar bahawa soal keselamatan dan ketenteraman awam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan yg kemudian diserahkan kepada PDRM.

Ketua Polis Negara TS Khalid Abu Bakar bukan orang politik. Beliau adalah pegawai kerajaan yang menjalankan tugasnya untuk memastikan keselamatan orang awam terjamin. PDRM bertindak terhadap PPS kerana ada aduan diterima bahawa anggota PPS bertindak tidak wajar dan melampaui batas.

Justeru adalah sangat tidak wajar bagi Lim Guan Eng mengheret Ketua Polis Negara dalam permainan politiknya termasuk mengajak Ketua Polis Negara berdebat soal PPS.

PDRM mempunyai kuasa penuh untuk menahan sesiapa yang dianggap melanggar undang-undang negara seperti yg diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tindakan Lim Guan Eng mencabar polis menangkapnya bukan sahaja menunjukkan keangkuhannya malah mahu menunjukkan kuasanya sebagai ketua menteri melangkaui undang-undang negara.

Pergerakan Puteri UMNO sokong tindakan pihak polis menahan anggota PPS. Jika Lim Gua Eng ikhlas menubuhkan PPS utk bantu tugas polis, beliau sepatutnya mendaftar PPS seperti mana pasukan Rela.

YB Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
01September2014

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana