‘KEGILAAN’ AZMIN MELOBI JAWATAN MB, PUNCA MASALAH DAN PEMECATAN KHALID

Kuala Lumpur –  Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendakwa kegilaan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ‘melobi’ jawatan Menteri Besar Selangor punca kepada masalah itu kini semakin bercelaru dan PKR tidak dihormati rakan sekutunya.

Dalam penulisan di blog dan Facebooknya hari ini, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard turut menyifatkan tindakan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak itu menyebabkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat keahliannya oleh PKR.

“Lobi Azmin yang nak jadi MB akhirnya membawa kepada episod pemecatan Khalid Ibrahim dan fasa lantikan baru dari Istana. PKR yang diperlihatkan tidak ‘solid’ kepimpinannya sudah tentu akan dipermainkan atau tidak dihormati bukan saja oleh musuh dan Istana, malah sahabat sendiri,” katanya.

Beliau berkata, situasi ini berlaku disebabkan tindakan pemimpin kanan PKR itu yang kononnya menyokong satu nama dipersembahkan kepada Istana, namun pada masa sama menghantar ‘pasukan’ untuk melobi dirinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana