Kebangkitan rakyat Selangor tolak penderhaka

Tindakan PKR dan DAP yang membangkitkan kemurkaan Sultan Selangor berikutan ingkat titah Baginda, turut mengundang rasa marah dikalangan rakyat negeri tersebut.
Petang Isnin bertempat di Kampung Jawa Klang, satu 'flashmob' diadakan untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap PKR dan DAP yang bersikap biadap terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kira-kira 100 orang berhimpun di sebelah Masjid Diraja Sultan Suleiman dengan berpakaian merah kuning iaitu warna negeri Selangor dengan membawa berbagai sepanduk.

Aksi spontan itu menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan tersebut.

Flashmob yang dinamakan Himpunan Rakyat Menjunjung Kasih Keatas D.Y.M.M Sultan Selangor itu disertai beberapa NGO seperti Waris Malaya, Persatuan Penduduk Kampung Jawa dan Pertubuhan Belia 4B Kampung Raja bermula kira-kira 5 petang dan berakhir sejam kemudian.

Mohd Khusyairi Abdul Aziz yang menyertai perhimpunan itu berkata tindakan PKR dan DAP jelas bertentangan dengan prinsip Rukun Negara dan tidak menghormati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Mohd Khusyairi yang juga Pengerusi Kelab Sosial dan Energetik Selangor, berkata mereka menyokong penuh sebarang keputusan Sultan Selangor.

Pada 27 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah supaya parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.

Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai.

Namun, PKR dan DAP masing-masing telah mengemukakan satu nama yang sama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

Dalam satu kenyataan media pagi Isnin yang dikeluarkan menerusi Setiausaha Sulit Baginda, Datuk Mohamad Munir Bani, beritahu pihak Istana sudah menerima jawapan daripada ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat berkaitan calon Menteri Besar.

"Namun hanya PAS yang akur dengan titah Sultan Selangor dengan menyenaraikan TIGA NAMA calon Menteri Besar. Manakala DAP dan PKR telah masing-masing hanya mengemukakkan SATU NAMA iaitu YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar," kata kenyataan itu.

PKR-DAP telah kemukakan calon satu nama itu menerusi surat bertarikh 27 Ogos 2014

Sultan Selangor amat berasa dukacita dengan DAP dan PKR yang ingkar titah Baginda 27 Ogos.

"Tindakan DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah Sultan Selangor," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana