KAKITANGAN KERAJAAN KANTOI KHALWAT DALAM KERETA.

Seorang lelaki berstatus suami dan rakannya yang juga isteri orang ditangkap penguat kuasa agama semasa sedang asyik berdua-duaan dalam sebuah kereta di Jalan Meriam, malam tadi. Empat anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Muar menahan suspek lelaki berusia 48 itu yang merupakan seorang kakitangan kerajaan manakala pasangannya, 37, seorang peniaga gerai makanan kira-kira pukul 10 malam. Kadi Daerah Muar, Dzulkifli Mohamed berkata, tangkapan tersebut adalah hasil maklumat orang awam dan risikan sejak tiga hari lalu.

 "Kita tahan pasangan itu kerana berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan serta gagal menunjukkan sebarang dokumen yang mengesahkan mereka mempunyai hubungan mahram atau suami isteri," katanya. Lelaki terbabit dan wanita yang mempunyai lima anak itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Daerah Muar untuk siasatan lanjut. "Pasangan itu disiasat di bawah Seksyen 27 (1) a b atau Seksyen 29(1) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana