Jingga 13 : Azmin Tak Layak Jadi MB Selangor..Habis Wan Azizah?

SHAH ALAM, 21 Sept - Jingga 13  berpendapat Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali tidak layak dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu berikutan tidak mendapat kepercayaan dan mandat daripada parti berkenaan.

Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata kemelut jawatan tertinggi dalam pentadbiran negeri Selangor itu akan berpanjangan sekiranya mana-mana calon selain Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik untuk mengisi jawatan tersebut.

"Jingga 13 tetap berpendirian menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu kerana (beliau) telah pun memenuhi segala syarat yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor termasuk mendapat sokongan majoriti 30 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.
Azmin Ali Anwar Ibrahim
Fariz yang juga bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR berkata demikian ketika mengulas laporan muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menerima menghadap Mohamed Azmin, Pesuruhjaya PAS Iskandar Abdul Samad dan anggota Exco kerajaan Selangor daripada PAS Dr Ahmad Yunus Hairi secara berasingan pada awal minggu ini.Akhbar itu melaporkan pertemuan tersebut adalah bagi membolehkan baginda menilai kesesuaian mereka untuk memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran Selangor itu dan merupakan sebahagian daripada langkah-langkah akhir untuk memutuskan siapakah calon terbaik yang mampu menggantikan Abdul Khalid.

Nama Mohamed Azmin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dan Iskandar (ADUN Cempaka) disebut-sebut sebagai calon yang bakal mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor yang ke-15 itu.

Ini susulan pengesahan daripada pihak Istana Selangor pada Khamis lepas, bahawa Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani semalam dilaporkan berkata nama menteri besar yang baharu akan diumumkan selewat-lewatnya Isnin ini bergantung kepada perkenan Sultan Sharafuddin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana