Isu PPS: Zahid tempelak Guan Eng...KM Penang Memang Otak Diletak Dikepala Lutut

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menempelak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyatakan bahawa bidang kuasa mengawal keselamatan dan ketenteraman awam terletak di bawah kerajaan negeri.

"Perlu diingatkan apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk dan apabila Malaysia ditubuhkan bersama Sabah dan Sarawak sudah termaktub dalam undang-undang bahawa soal keselamatan, pertahanan bukan bidang kuasa kerajaan negeri tapi kerajaan pusat.

"Saya bukan nak menyanggah individu itu (Lim Guan Eng) tapi saya minta dia tengok balik undang-undang dan buka balik Perlembagaan," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Segambut, di sini, sebentar tadi.

Akhbar hari ini melaporkan polis menahan 156 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) dan EXCO Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh berikutan kedegilan Kerajaan Pulau Pinang mematuhi arahan membubarkan pasukan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana