Isu MB Selangor: Mat Sabu pening...Nampak Sangat Nak Menipu Takut Dengan Bang Non

Sebagai orang nombor dua dalam PAS yakni Timbalan Presiden Mohamad Sabu @ Mat Sabu sepatutnya tahu apa yang berlaku dan juga apa saja keputusan PAS. Pagi Jumaat agak pelik sikit bila beliau mengakui tidak tahu menahu mengenai perkembangan terbaru isu calon Menteri Besar Selangor..
Andaian dari pengakuan begini ialah tentu ramai bertanya apakah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura parti itu sudah tak percaya pada Mat Sabu untuk bawa beliau berbincang sama hal yang penting ini.

Kita tidak boleh salahkan Mat Sabu kalau beliau nampak macam pening menghadapi isu ini.

Apa lagi sekarang tengah hangat berlegar kisah mendakwa bahawa senarai mutakhir tiga nama untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang dihantar oleh pejabat Presiden PAS tidak ada nama Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali.

Sebalik tiga nama yang dikemukakan ialah kalangan Exco PAS Selangor sendiri.

Manakala Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali pula bagi versi beliau sendiri tentang senarai itu.

Katanya dua mereka ialah ADUN PKR dan seorang ADUN PAS.

Beliau bagaimana pun tidak mahu sebut dua nama ADUN PKR.

Apapun Mustapha mengakui Haji Hadi hantar terus senarai nama yang beliau pilih kepada Istana Selangor tanpa melalui ibupejabat PAS di Kuala Lumpur.

Ini mencetuskan kemungkinan nama sebenar yang dihantar Haji Hadi tidak diketahui Mustapha.

Semua orang dapat menduga impak keatas hubungan antara PAS dengan PKR dan DAP jika senarai nama dihantar oleh PAS begitu.

Sudahlah PKR dan DAP mahu nama nama Wan Azizah sahaja...ini pula sudah lain ceritanya.

Bagi Mat Sabu pula beliau masih berpegang kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos yang putuskan mahu nama Wan Azizah dan Azmin Ali.

Dalam satu kenyataan media, Mat Sabu berkata perkembangan mutakhir tentang isu calon MB Selangor telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi negatif terhadap PAS dan pakatan pembangkang.

"Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali semalam, seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Datuk Seri Dr Wan Azizah dan YB Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya,"ujarnya.

Menurutnya, laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Mustapa mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang Exco PAS sebagai calon MB.

"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti.

"Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskanoleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama Dr Wan Azizah dan kedua YB Azmin Ali.

"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 25 Ogos pula mengambil keputusan bahawa kami sepakati atas nama yang diputuskan pada mesyuarat 17 hb Ogos dan menyerah kepada Kuasa Budibicara Tuanku Sultan untuk membuat pilihan calon Menteri Besar Selangor itu,"kata beliau.

Utusan pada Jumaat melaporkan Mustafa berkata, senarai nama calon untuk pertimbangan Istana Selangor itu diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS.

Menurutnya, dalam mesyuarat majkis itu baru-baru ini ia menyenaraikan tiga calon, dua daripada PKR dan seorang ADUN PAS yang telah dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah, namun menganggap tidak wajar baginya untuk mendedahkan nama-nama tersebut kerana berkait dengan urusan Majlis Syura Ulama.

"Tidak seharusnya saya mengulas lanjut. Nama-nama itu terserah kepada pertimbangan saudara sendiri atau bertanyakan kepada Majlis Syura Ulama," ujarnya.

Menurut Mustafa, beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh Majlis Syura Ulama yang jelas mengatasi pendirian Jawatankuasa PAS Pusat yang hanya mahu mencalonkan Wan Azizah dan Azmin.

"Surat yang dipersembahkan kepada baginda sememangnya ditandatangani oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pihak Presiden yang menguruskan penghantaran, tidak melalui Pejabat Setiausaha Agung PAS. Ini suatu amalan biasa, sebagaimana dalam pelantikan Menteri Besar Selangor selepas Pilihanraya Umum 2008 dan 2013 apabila setiap parti menamakan calon pilihan masing-masing," katanya.

Majlis Syura PAS adalah badan tertinggi pembuat keputusan dalam parti itu dan boleh melangkaui keputusan yang dibuat oleh AJK PAS Pusat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana