Isu MB Selangor: Hadi enggan ulas pendedahan Nik Nazmi

PAS tidak akan campur tangan mengenai calon Menteri Besar yang disenarai pendek oeh PKR kerana PAS sudah menghantar senarai calon seperti dikehendaki Sultan Selangor.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ceramah pertana kempen di Pengkalan Kubor malam Sabtu berkata, terpulang kepada PKR hendak pilih siapa kerana PAS sudah serah tiga nama.

Beliau mengulas desas desus PKR menghantar surat kedua kepada Istana selepas surat permohonan maaf kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana tidak mematuhi titah tuanku supaya menghantar lebih dua nama calon menteri besar.

Semalam, Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak menolak kemungkinan PKR akan menampilkan calon lain jika Sultan Selangor tidak berkenan melantik Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baru.

Katanya, Dr Wan Azizah juga sudah menghantar surat penjelasan kepada Istana Selangor mengenai sebab mengapa PKR hanya menghantar satu nama untuk diperkenan Sultan Selangor.

Bercakap kepada media selepas ceramah di Kampung Geting, Tumpat malam tadi, Hadi menegaskan, hak menentukan menteri besar terletak kepada keputusan Sultan Selangor.

“Hak tentukan menteri besar Selangor ini bukan pada saya. Itu Sultan menentukan.

“Saya tiada hak tentukan MB Selangor. Sultan Selangor yang boleh menentukan siapa,” katanya.

Beliau turut ditanya kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad tentang pendapatnya bahawa jalan penyelesaian kebuntuan Selangor dengan mengekalkan Khalid.

Hadi berkata beliau masih belum membaca berita berkenaan.

“Saya masih belum baca berita hari ini. Saya baru balik dari Jakarta semalam (Jumaat),” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu tidak menafikan mengadakan pertemuan bersama ketua pemuda pakatan pembangkang, namun tidak memberikan ulasan lanjut mengenai pertemuan berkenaan.

“Ramai. Mungkin antaranya Nik Nazmi adalah Pemuda PAS, Pemuda DAP, AJK PAS Pusat pun jumpa.

“Pertemuan ramai. Banyak orang jumpa saya, cumanya menteri besar Selangor ini serah kepada Tuanku Sultan,” katanya.

Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu berkata pendapat Hadi itu agak merisaukan ketika PKR sendiri sudah memutuskan untuk memilih presiden partinya, Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid.

“Apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Khalid dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Khalid,” kata Nik Nazmi dalam kenyataan semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana