Isu MB Selangor: Cakap siapa nak pakai...Mat Sabu atau Mustapha Ali

Para wartawan yang membuat liputan sidang akhbar Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu @ Mat Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur awal petang Ahad pening kepala nak tulis suatu berita yang jelas.
Ini kerana seorang cakap lain dan seorang lagi cakap lain dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Sidang akhbar itu diadakan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS.Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang tidak hadir.

Semasa sidang akhbar itu para wartawan diberitahu mesyuarat itu telah membuat keputusan PAS tetap tidak akan tuntut jawatan Menteri Besar Selangor.

Ia dikatakan keputusan terbaru pimpinan PAS.Parti itu sebelum ini memang sudah berkali-kali kata jawatanb itu adalah milik PKR.

Namun tandatanya timbul balik dengan 'Langkah Hadi' yakni bilamana Presiden PAS itu hantar sendiri tiga nama kepada Sultan tanpa melalui ibupejabat PAS.

Beliau kemudiannya membuat kenyataan panas kata Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak layak mentabir negeri.

Isu yang menjadi persoalan sekarang ialah apa jadi jika katakan Sultan Selangor tetap memilih Ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS untuk jadi Menteri Besar.

Mat Sabu yang sebelum ini secara terbuka berpendirian tetap berpegang kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu pilih Wan Azizah dan Azmin Ali jawab, 'kita tolaklah'.

Bagaimanapun lain halnya dengan Mustapha.Beliau enggan kata PAS akan tolak jika Sultan Selangor tetap memilih ADUN PAS sebagai Menteri Besar.

Pada mulanya beliau meminta tidak membuat andaian tentang apa yang bakal diputuskan oleh Sultan.

Namun kemudian kata,"kIta serah kepada budibicara Tuanku untuk melantik siapa saja....siapa saja yang dipersetujui Tuanku PAS terima,"katanya.

Jika begitu jawabnya...lojiknya bukankah ia membawa maksud jika Sultan pilih ADUN PAS maka PAS akan patuh.Ia nyata bercanggah dengan apa yang dikatakan Mat Sabu yakni...tolak.

Maka dalam hal ini mana satu pendirian rasmi PAS yang hendak dipakai?

Mustapha membayangkan keputusan mesyuarat hari ini bahawa PAS tak akan tuntut jawatan Menteri Besar turut dipersetujui Hadi ( yang tak hadir).

"Hari ini kita buat keputusan,ertinya dia (Hadi) bersama dengan kitalah,"katanya.

Mat Sabu ialah orang nombor dua PAS manakala Mustapha ialah ketua pentabir PAS dan diketahui orang kepercayaan Hadi.

Dalam pada itu Mat Sabu juga nampak macam ada 'perang dingin' dengan Hadi dalam isu pendirian mengenai jawatan Menteri Besar Selangor.

Selain kata beliau tetap berpegang kepada keputusan 17 Ogos,Timbalan Presiden PAS itu juga kata beliau tidak tahu menahu mengenai langkah hadi serah tiga nama termasuk ADUN PAS kepada Sultan.

Hadi telah mengakui beliau mengunakan ' kuasa Presiden' untuk pilih tiga nama yang diserah pada Sultan.

Juga jangan lupa Hadi tidak hadir pada mesyuarat hari ini.

Pada mesyuarat 17 Ogos lalu beliau hadir tetapi kemudian tidak pakai keputusan mahu Wan Azizah dan Azmin yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat PAS.- OLEH LUKMAN ABDULLAH

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana