Isu MB: Majlis Syura langgar perlembagaan parti...Mencabar Nampaknya

PETALING JAYA: Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi  (LUHAM) PAS Pusat menegaskan Majlis Syura Ulama telah melanggar Perlembagaan PAS apabila badan itu membuat keputusan dalam isu yang melibatkan pelantikan Menteri Besar (MB) Selangor.

Menurut Setiausaha LUHAM, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus PAS sebelum ini bersetuju mengadakan tahaluf atau kerjasama dengan Pakatan Rakyat (Pakatan) dan kerjasama tersebut telah disahkan oleh Muktamar PAS dan sehingga kini tidak pernah dibatalkan.

“Menurut Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS, kekuasaan parti adalah dipegang oleh Muktamar PAS.

“Memandangkan Muktamar PAS, sebagai kuasa tertinggi, telah memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan PR maka tidak dapat tidak, di dalam apa sahaja tindakan dan keputusannya, maka Majlis Syura Ulama mahupun PAS mesti bertindak selari dengan ketetapan Muktamar PAS tersebut.

“Isu pokok yang berbangkit dalam isu MB Selangor ini adalah Presiden telah membuat ketetapan untuk menghantar nama daripada PAS sebagai calon MB (yang kemudiannya disokong oleh Majlis Syura Ulama).

“Sedangkan, Presiden sendiri sebelum ini telah menyatakan bahawa PAS tidak akan menuntut jawatan MB Selangor memandangkan ia adalah milik PKR," katanya dalam satu kenyataan.

Kardee turut mempertikaikan tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR apabila menghantar nama daripada PAS, sedangkan Hadi sebelum ini menyatakan PAS tidak akan menuntut jawatan itu kerana ia milik PKR.

“LUHAM percaya ini adalah berdasarkan kepada ketetapan Muktamar yang memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan. Justeru, apabila nama ADUN PAS turut dicalonkan sebagai MB Selangor, tidakkan ia menyalahi perjanjian PAS di dalam PR itu sendiri?

“Tidakkah perlanggaran ini menjurus kepada pelanggaran keputusan Muktamar itu sendiri?

“Oleh itu, LUHAM berpendapat tidak wujud sebarang perselisihan faham dalam hal keputusan Muktamar ini yang perlu kepada tafsiran oleh Majlis Syura Ulama,” katanya lagi.

Kerdee berkata penjelasan yang diberikan oleh LUHAM ini dibuat demi kebaikan parti dalam jangka masa yang panjang.

“LUHAM khuatir kita akan membuat duluan (precedent) yang tidak baik kepada generasi selepas ini yang memungkinkan mereka mengikut duluan ini, tanpa usul periksa yang akhirnya membuatkan parti huru-hara dan hilang integritinya sebagai parti yang berprinsip dan jemaah yang berdisiplin.

“LUHAM sama sekali tidak merendahkan ketinggian Majlis Syura Ulama dalam PAS. Namun sebagai lajnah yang diamanahkan dalam isu-isu perundangan, maka adalah menjadi tanggungjawab LUHAM untuk memberi pandangan atau menegur sesuatu yang dilihat melanggar peruntukkan perlembagaan yang kita semua sepakati bersama, walaupun teguran ini agak pahit untuk ditelan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana