Isu Haji Hadi: Pemuda PAS kesal sikap Ketua AMK...

Akibat mendedahkan perbualan dalam pertemuan tertutup, Pemuda PAS Kelantan menyifatkan tindakan Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai mengeruhkan kembali keadaan.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pertemuan antara ketua sayap Pemuda dalam pakatan pembangkang yang bertujuan untuk mendamaikan keadaan dan suasana tidak seharusnya dihangatkan dengan pendedahan tidak sepatutnya.

“Saya terkejut apabila membaca kenyataan dikeluarkan Ketua AMK semalam, yang mendakwa Presiden PAS menyuarakan hasrat untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dalam pertemuan dengan Ketua Pemuda PKR minggu lalu.

“Apa yang diketahui, ia pertemuan tertutup dan tidak sepatutnya didedahkan kepada umum, lebih-lebih lagi di saat isu Menteri Besar Selangor ini memasuki fasa terakhir,” katanya.

Menurutnya, Pemuda PAS Kelantan kesal dengan pendedahan yang dibuat walaupun yakin dan menghormati komitmen rakan di dalam AMK yang begitu komited menjaga keutuhan pakatan pembangkang.

“Kehadiran Nik Nazmi bersama kepimpinan AMK di Pengkalan Kubor tiga hari lalu cukup memberikan semangat kepada Pemuda meneruskan agenda perjuangan Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang diberikan laluan pada PRK ini.

"Bagaimanapun kenyataan terbaharu Nik Nazmi ini saya sifatkan akan mengeruhkan kembali keadaan kerana tidak semua pandangan yang dikongsi dalam pertemuan tertutup seperti itu didedahkan kepada umum, lebih-lebih jika ia tidak mendatangkan faedah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana