Isu calon MB: PKR, DAP, PAS sembah derhaka...?

Kemelut penukaran Menteri Besar Selangor terus buntu apabila PKR, DAP 'sembah derhaka' dengan berkeras hanya menghantar satu nama Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk calon MB disebalik permintaan khusus Istana "lebih dua nama".
PAS pula menghantar dua nama, iaitu Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

26 Ogos lalu, Sultan Selangor menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Baginda turut menitahkan pemimpin PR - PAS, PKR dan DAP - supaya mencadangkan lebih daripada dua nama daripada setiap parti sebagai calon menteri besar bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan, seterusnya memberi perkenan melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai menteri besar.

Tarikh akhir bagi serah nama itu adalah hari ini Rabu, 3 September.

PKR dan DAP masing-masing berkeras dengan menghantar hanya nama Wan Azizah saja dan PAS manakala PAS dua nama.

Keputusan PAS itu dilihat sebagai mengulangi pendirian mencalonkan dua pemimpin PKR tersebut seperti yang dipersetujui Jawatankuasa Kerja Pusat PAS pada 17 Ogos lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, surat pencalonan Wan Azizah dan Azmin akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok (Rabu).

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu sambil menyatakan, urusan berkaitan surat pencalonan tersebut dikendalikan oleh Pejabat Presiden PAS.

"Keputusan kita sama seperti sebelum ini iaitu mencalonkan Wan Azizah dan Azmin," katanya pada Selasa.

Sementara itu, bertentangan dari kenyataan asal yang dipetik Bernama pada Selasa, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata PAS negeri itu tidak menghantar sebarang nama calon kepada PAS pusat.

"Sebenarnya PAS Selangor tidak pernah menghantar sebarang nama calon Menteri Besar kepada PAS Pusat walaupun kami telah beberapa kali bermesyuarat dengan pimpinan PAS Pusat.

"Nama-nama calon dihantar oleh PAS Pusat dan kami tidak tahu siapakah calon-calon tersebut,"katanya dalam satu kenyataan media.

Pendirian terbaru Iskandar itu dilihat cubaan menjauhkan diri daripada dilihat melanggar titah Istana yang mahukan lebih dua nama.

Berdasarkan andaian itu, tidak mustahil lebih masa akan diberikan pihak Istana untuk PAS, PKR dan DAP mengemukakan nama calon-calon mereka.

DUN Selangor terdiri daripada 56 ahli - DAP (15), PAS (15) PKR (13) Barisan Nasional (12) dan Khalid bebas.

27 Ogos lalu, Istana menitahkan setiap parti menghantar nama calon MB dengan syaratnya ADUN, beragama Islam dan berketurunan Melayu, tarikh akhir 3 September 2014.
Ia berdasarkan surat rasmi yang dihantar Istana kepada tiga-tiga parti yang mempunyai 42 ADUN di Selangor itu.

Surat yang dialamatkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Surat itu ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Abdul Munir Bani itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana