Istana Selangor dah jawab... tetap mahu LEBIH DUA NAMA untuk pilih Menteri Besar

Bayangkan jadi wartawan dalam situasi yang 'karut' macam ini. Sebaik saja terima kenyataan dari PKR untuk beritahu sudah terima jawapan dari Istana Selangor pasal jawatan Menteri Besar Selangor terus sebar melalui SMS, facebook, twitter dan di laman web utama Agendadaily.
Beberapa minit lepas itu sampai pula kenyataan baru dari Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil beritahu kenyataan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution tadi belum dimuktamadkan.

Beliau minta kenyataan itu ditarik balik dan tak sah digunakan.

Ia berlaku dalam jarak 9.45 malam Rabu kenyataan Saifuddin diterima dan sekitar 10 malam kenyataan Fahmi pula diterima.

Hakikatnya dalam beberapa minit itu saja ramai orang dapat baca 'laporan segera' kandungan kenyataan itu yang sudah disebar luas.

Sebagai wartawan, kerana etika kenyataan itu terpaksa ditarik balik atas permintaan rasmi PKR sendiri.

Sebaliknya sebagai wartawan berita yang ditunggu-tunggu sudah diketahui melalui kenyataan yang ditarik balik tadi.

Makanya selari dengan etika kewartawan, Agendadaily tidak akan memetik apa-apa dari kenyataan Saifuddin.

Namun rasanya untuk memenuhi keperluan laporan cukup Agendadaily sekadar ditulis DIFAHAMKAN bahawa pihak Istana Selangor dipercayai telah menolak SATU nama saja yang dikemukakan oleh PKR dan DAP sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini Saifuddin sendiri memberitahu PKR hanya mengemukakan nama Datuk Seri Wan Azizah Ismail sahaja.

Juga DIFAHAMKAN Istana Selangor tetap mahu parti-parti berkenaan mengemukakan LEBIH DARI DUA NAMA.

Dalam bahasa mudah dapat diandaikan pihak Istana Selangor telah menolak SATU nama saja dan tetap mahu lebih dari DUA nama sebelum pertimbangan dapat dibuat keatas senarai nama yang dikemukakan.

Pada sebelah awal petang Rabu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengesahkan dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri bahawa Istana Selangor sudah terima nama yang hendak dicalonkan sebagai Menteri Besar dari PKR, DAP dan PAS.

Ini membuatkan semua orang ternanti-nanti apa jawapan Istana Selangor pada nama yang dikemukakan oleh ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat itu.

Indikasi Istana Selangor sudah menghantar jawapan tersebar bila kenderaan rasmi bercop Istana Selangor kelihatan datang ke pejabat PKR di Tropicana pada sebelah sebelah petang.

Sebenarnya ramai juga yang pelik mengapa Istana Selangor beri jawapan begitu segera sekali.

Ada yang merasakan mungkin ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan satu nama yang dikemukakan oleh PKR.

Kemudiannya Fahmi dipetik sebagai memberitahu Saifuddin akan mengeluarkan kenyataan mengenai surat jawapan Istana Selangor itu.

BERIKUT IALAH KENYATAAN FAHMI FADZIL MEMINTA TARIK BALIK KENYATAAN DATUK SAIFUDDIN NASUTION 

Assalamualaikum dan salam hormat,

Harap maklum bahawa teks yang dihantar tadi belum dimuktamadkan. Ianya adalah ditarik balik, dan berstatus tidak sah untuk digunakan.

Komunikasi KEADILAN memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang tertimbul daripada hal ini.Sekian, terima kasih.Fahmi Fadzil

 Pengarah Komunikasi KEADILAN

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana