Inilah yang berlaku dalam Muktamar PAS masa perbahasan...Bijak Pandai Agama Pun Huru Hara...LIhatlah Kuasa ALLAH

Jangan kata UMNO malah mana-mana parti pun belum pernah berlaku begini.Seorang perwakilan berbahas mengunakan doa sepenuhnya.Bukan sekejap lebih 20 minit lamanya.
Inilah yang berlaku dalam Muktamar PAS masa perbahasan.Aksi ini dilakukan oleh perwakilan Wilayah Persekutuan ,Azhari Ariffin semasa membahaskan ucapan Presiden PAS pada muktamar yang masuk hari kedua di Batu Pahat.

Biasanya perwakilan berucap sahaja masa perbahasan untuk menyampaikan hujah dan apa yang tersemat dihati.

Tumpuan doa Azhari antara lain menghentam Timbalan Presiden Mat Sabu kerana membuat kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan Hadi dalam isu Menteri Besar Selangor.

Doanya juga gelar ADUN PAS Hulu Kelang,Saari Sungib dan ADUN PAS Morib ,Hasnul Baharuddin yang belot sokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuyk dicalonkan Menteri Besar sebagai nila Cap Hulu Kelang dan Cap Morib.

Dalam doa itu beliau desak agar tindakan diambil terhadap dua orang yang disifatkannya sebagai pengkhianat ejen perosak parti.

Pengerusi Tetap muktamar,Abu Kassim Abdullah sampai tiga kali menegur Azhari kerana langgar masa 12 minit yang diberi kepada setiap perwakilan berbahas.

Suasana menjadi gamat sejurus beliau selesai dengan perbahasan berbentuk doa itu,tiba-tiba soerang perwakilan dari Kuala Kedah,Redzuan Abu Bakar meluru naik keatas pentas ambil mikrophon untuk bercakap.

Wakil ini mendesak Pengerusi Tetap buat keputusan samaada boleh ke tidak seseorang mengutuk orang lain mengunakan doa.Beliau mendakwa perbuatan Azahari guna agama macam itu tidak selari dengan jammah Islam.

Seorang anggota Unit Amal PAS kemudiannya muncul untuk mematikan mikrophon bagi menghentikan beliau dari terus bercakap.

Waktu itu kedengaran deraian sorakan yang jelas menyokong Azahari.

Serangan terhadap puak yang tidak hayati pendirian Presiden PAS dan lebih berkiblatkan kepada orang luar parti berterusan menerusi wakil Pahang dan Terengganu yang berbahas selepas itu.

Wakil Terengganu,Mohd Nor Hamzah dengar nada lantang juga mahu siapa saja yang dipilih oleh Sultan Selangor sebagai Menteri Besar diterima.

Katanya Jika Sultan pilih ADUN PAS...PAS kena terima dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat kena terima.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana