Inilah Wajah Khatib Jumaat Penjilat Guan Eng Yang Puji PPS dan Maki Hamun PDRM!

Jika sebelum ini ramai yang tertanya bagaimanakah rupanya khatib yang membaca khutbah Jumaat yang menyelar tindakan polis menangkap anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) tajaan DAP?

Khatib Abu Bakar telah ditahan polis bagi membantu siasatan dalam kes mengkritik tindakan kerajaan Persekutuan dan polis yang menangkap anggota PPS secara beramai-ramai 31 Ogos lalu.

Apakah Lim Guan Eng yang menulis teks khutbah di Pulau Pinang sehingga menyelit isu penangkapan PPS yang disifatkannya sebagai kesalahan pihak polis?

Penahanan Abu Bakar itu telah disahkan Ketua Polis George Town ACP Mior Faridalatrash Wahid pada pagi semalam.

Dia sedang disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan, kata Mior.

Laporan polis telah dibuat oleh seorang ahli PAS Arif Ibrahim pada 5 September selepas mendengar kenyataan yang dibuatnya semasa menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Acheh Lama, Jalan Terengganu, Pulau Pinang.

Dalam laporannya, Arif mendakwa dia berkata semasa khutbahnya menyuarakan sokongan terhadap PPS dan mengkritik tindakan kerajaan pusat dan polis.

"Pada pandangan saya, khatib itu menghina kerajaan dan polis," katanya dalam laporan yang dibuat.

"Cara dia membuat kenyataan itu seolah-olah dia hendak menghasut jemaah supaya membenci kerajaan dan polis."

Mior berkata khatib itu sudah dipanggil untuk memberi kenyataan.

Dalam perkembangan terbaru, khatib itu, Abu Bakar Baikalani Abu Hassan, 44, dibebaskan polis dengan ikat jamin pada jam 8 malam semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana