HUSAM MUSA PONDAN TUA YANG DAH BERKARAT RUPA-RUPANYA!!!

Ketua Pemuda PAS Sekijang, Shazni Munir Mohd. Ithnin menganggap Naib Presiden parti itu, Dato’ Husam Musa sebagai ‘pondan’ yang dilihat tidak sehaluan dengan Presiden parti dalam isu perlantikan Menteri Besar (MB) Selangor.

Husam dan rakan-rakanya berpandangan bahawa PAS perlu meletakkan satu nama sahaja iaitu nama yang telah dipersetujui oleh PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. “Hanya Husam dan rakan-rakannya sahaja masih berlapik-lapik kononnya ingin menjaga survival politik,” katanya.

Shazni berkata, keadaan sebegini amatlah tidak sihat untuk organisasi. Jika beliau (Husam) merasakan Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang sudah tidak layak memimpin parti, beliau seharusnya mengusulkan undi tidak percaya kepada Presiden parti.

Ujarnya lagi, jika merasakan sokongan tidak cukup untuk menukar Presiden parti, Husam dan rakan-rakannya perlu meletakkan jawatan sebagai ‘signal’ menegakkan pendirian mereka yang dirasakan betul.

“Mungkin ramai juga ahli-ahli PAS yang akan mengalu-alukan tindakan Husam meletak jawatan,” ulasnya. Tambahnya lagi, PAS perlu suasana organisasi yang baru. Jika Husam dan rakan-rakanya percaya mereka jauh lebih baik daripada Presiden ketika ini, mereka perlu buktikan apa yang mereka percaya.

“Sekadar berkias-kias, berlapik-lapik tanda tidak setuju, itu perbuatan ‘pondan’. Apatah lagi jika beliau dan rakan-rakan ada mencuba-cuba untuk mempengaruhi ahli-ahli lain secara senyap untuk menolak Presiden.

Tindakan seperti itu lagilah tidak bermaruah,” jelas Shazni yang juga mantan Timbalan Presiden GAMIS. Katanya lagi, Presiden parti sedang melakukan jelajah terbuka untuk menjelaskan pendirian beliau.

“Jika Husam masih tetap tidak bersetuju, beliau hanya ada dua pilihan secara jantan; usul undikan tidak percaya atau meletak jawatan. “Sekiranya kedua-dua ini pun Husam dan rakan-rakan tidak lakukan, sebaliknya terus bersikap seperti anai-anai yang ‘makan senyap-senyap’, lebih baik beliau bersetuju sahaja dengan Presiden parti kerana PAS ialah parti untuk orang yang berani dan tiada tempat untuk pemimpin yang ‘pondan’!” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana