Hina Sultan : Wan Ji Dihadap Ke Mahkamah Tuduhan Menghasut

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Husin hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam Selangor atas tuduhan menghasut pada November 2012.

Hakim Slamat Yahya menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan disebut semula pada 10 Oktober 2014.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Wan Ji, 32, dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di Facebook pada jam 10 pagi menghina Sultan Selangor.

Hakim menetapkan pasport antarabangsa Wan Ji diserahkan kepada mahkamah namun peguamnya Mohd Razlan Jalal berkata pasport anak guamnya sudah hilang dan tamat tempoh.

Sehubungan itu, hakim mengarahkan timbalan pendakwaraya Mohd Azhari Harun memberi arahan kepada Jabatan Imigresen bagi menyekat Wan Ji keluar negara.

Razlan semasa proses pembelaan hari ini memohon pengurangan wang ikat jamin sebanyak RM2,000 ekoran tertuduh tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, namun ia ditolak mahkamah.

Wan Ji ditahan polis awal pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam sebelum dituduh di Mahkamah Sesyen hari ini.

Beliau sebelum ini pernah bercakap menentang pihak berkuasa agama negara dan mengkritik tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah “Allah” dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Dia juga mengundang kontroversi apabila membuat komen berkenaan raja-raja Melayu dan pernah disoal polis beberapa kali.

Antara lain, Wan Ji berkata Sultan tidak boleh menjadi ketua agama.

“Apa yang salah tentang Malaysia ialah ketua monarki juga digelar ketua agama. Jika kita gunakan istilah itu, bermakna apa saja yang dilakukan ketua agama menjadi agama itu sendiri.

“Tetapi, sesetengah tindakan Sultan bertentangan dengan agama Islam. Imej Islam semakin rapuh kerana perkara yang mereka lakukan, yang tidak betul di sisi Islam,” katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temubual Februari lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana