Hilang Kepercayaan Terhadap Wan Azizah Sejak 2008 – Muslimat PAS


Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Dr Rosni Adam berkata beliau hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak dilantik ketua pembangkang selepas pilihan raya umum 2008.

Rosni berkata, PAS ketika itu menyokong Wan Azizah dan tidak timbul isu gender tetapi beliau hanya mampu bertahan kurang enam bulan sebelum meletakkan jawatan pada 28 Ogos 2008 untuk diambil alih oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apa jua alasan beliau ketika itu, rakyat telah hilang kepercayaan dan tidak dapat melihat keseriusan beliau sebagai pemimpin dan ahli politik dalam melaksanakan amanah pengundi yang mengundi beliau enam bulan sebelumnya,” kata Rosni, dilapor Malaysiakini.Jawatan Ketua Pembangkang di parlimen yang disandang Wan Azizah hilang secara automatik apabila beliau pada 31 Julai 2008 mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding di kawasan itu.

Lapor Malaysikini lagi, sebelum ini, dua pemimpin kanan PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (presiden) dan Datuk Haron Din (timbalan mursyidul am) sebelum ini telah menjelaskan Wan Azizah ditolak kerana isu kelayakan.

Manakala Rosni dalam kenyataannya semalam turut membangkitkan prestasi Wan Azizah selepas terpilih sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang pada awal tahun ini.

“PAS khuatir jika prestasi sedemikian diteruskan, dan rakyat akan terus mempertikaikan kemampuan Pakatan melahirkan wakil rakyat dan MB yang berkaliber,” katanya.

Rosni juga mendakwa PKR tidak pernah membuka ruang kepada pemimpin PAS membahaskan setiap calon yang ingin dicadangkan sebagai menteri besar sebelum ia diputuskan sebelum ini.

Muslimat PAS Wilayah Persekutuan juga berkata, sayap wanita ketiga-tiga parti dalam Pakatan harus berbincang mencari penyelesaian dan mengelakkan sengketa dengan istana dan bukan saling mengkritik dan “memfitnah”.

Kenyataan Rosni itu dikeluarkan sebagai reaksi terhadap kecaman Wanita DAP yang mendakwa kenyataan Abdul Hadi dalam isu itu boleh memecahbelahkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana