Hidup rakyat... 'White House' pemimpin DAP yang tarik perhatian ramai

Bagi yang sedar sehari dua ini kecoh di dalam blog, facebook, twitter dan FB cerita pasal rumah baru Pengerusi DAP Perak Nga kor Ming. Banglo putih itu dinamakan 'white house' oleh warga dunia maya atau netizen.
Ramai yang kagum dengan seni bina rumah ini, ada yang kaya ia lambang 'gaya, mutu, keunggulan...'.

Yang pasti rumah yang dalam gambar benar milik Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming bukannya berita palsu atau fitnah ataupun rekaan.

Biasanya pencacai lebih-lebih lagi Melayunya, sejak mereka bersekutu dengan DAP dalam Pakatan Rakyat begitu tegar mempertahankan puak mereka.

Konon tokoh DAP itu difitnah. Sedangkan rumah jauh lebih besar banyak milik tokoh UMNO. Begitulah pencacai ini menegak benang basah.

Sebenarnya bukan rumah siapa lebih besar atau kecil yang menjadi pokok persoalan. Soalnya di sini apakah gambar ini sebenarnya benar rumah Kor Ming atau tidak?

Kerana bagi rakyat Malaysia, sejak 1970an lagi, percaya para pemimpin DAP hidup ala kadar kerana berjuang untuk rakyat. Lagipun mereka kalau setakat jadi ahli parlimen atau ADUN, gaji hanya cukup bayar sewa pejabat, sewa kediaman dan juga lepaslah membeli rokok.

DAP menjaja mereka pejuang rakyat. Mereka tidak macam MCA yang berlumba-lumba mengumpul kekayaan.

Mereka mereka mendakwa mereka tak mampu membeli apa tah lagi memiliki sebuah banglo yang dapat disaksikan dari setiap penjuru alam.

Janganlah emosi sangat jika sesiapa saja kediaman mereka khusus tokoh pembangkang yang mana rumah, kereta atau kediaman mereka disiarkan dalam laman sesawang.

Rakyatpun nak tahu juga hal sebenar. Benarkah mereka “sosialis” serta hidup kais pagi makan pagi seperti diwar-warkan.

Kerana selama ini mereka fikir semua pemimpin pembangkang hidup kais pagi makan pagi. Rupa-rupanya,dalam kes KorMing, tidak sama sekali.

Justeru apa yang berlaku sejak tersiar gambar rumah (dan kereta) miliknya, Kor Ming sangat kecewa dan marah.

Hairan jua peguam muda itu masih bercakap pasal privacy sedangkan dia merupakan tokoh penting DAP di Perak. Kalaulah wakil Cina boleh jadi MB Perak maka jika DAP menang dalam pilihanraya di negeri ini, sebagai pengerusi negeri dialah calon paling layak. Dan releven.

Mungkin ramai ahli DAP tak pernah lihat rumahnya dari dekat tentu terkejut kerana rumah tokoh yang mereka kagumi itu besar dan mewah.

Bagi MCA pula mereka boleh berlapang dada kerana selama ini MCA dituduh parti tokei dikalangan masyarakat Cina. Konon pemimpin Cina MCA kaya raya berbanding pemimpin DAP yang serba sederhana.

Kita tidak fikir tujuan media sosial menghebah gambar ini ada niat jahat seperti didakwa kerana gambar rumah atau kereta yang tersiar adalah perkara biasa.

Berapakali gambar kereta PM, TPM disiar media.?

Berapa kali gambar kereta milik tokoh korporat, bukan politikus menjadi bahan siaran media.?

Malah kalau gambar Ananda Krishnan turun dari teksi dapat dirakam ia pasti menjadi bahan berita di halaman depan akhbar berbahasa tamil atau inggeris.

Pernahkah dia atau pencacainya terfikir dalam politik macam-macam dibuat DAP sehingga menjejas imej dan privacy pemimpin BN. Ini tak termasuk dia menggelar MB Perak “hitam metalik.”

Berbanding dengan Kor Ming, tokoh UMNO Perak khususnya tidak diambil tindakan mahkamah. Sebaliknya Kor Ming mengugut untuk ambil tindakan mahkamah kepada pihak yang mengambil gambar dan memuatkan ke dalam laman sesawang.

Ini memberi gambaran seolah-olah ada sesuatu yang hendak disembunyikan. Ketika menjawab soalan wartawan Sinar Harian, Kor Ming mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar itu untuk menyerang peribadinya.

Katanya Sabtu lalu, terdapat individu yang mengambil gambar rumahnya di Bandar Baru Tambun.

“Saya tahu individu berkenaan dan hantar gambar kepada pihak-pihak tertentu untuk cemar nama baik saya. Tindakan ini sudah melanggar undang-undang dan ganggu privasi saya. Malah gambar ahli keluarga saya turut didedahkan. Perbuatan ini meletakkan keluarga saya dalam bahaya.”

Kor Ming berazam tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap individu dan pihak-pihak yang melakukan perbuatan sedemikian.

Kor Ming bagaimanapun mengakui rumah berkenaan baharu saja diduduk dua minggu lalu.

“Kenapa mahu jadi isu. Saya tak boleh beli rumah ke? Bukannya saya beli cash (tunai). Saya pinjam bank dengan bayaran bulanan untuk tempoh selama 20 tahun.

“Sebagai bekas peguam senior dan wakil rakyat, takkan saya tak mampu nak beli rumah. Lagipun bukan harganya sehingga RM10 juta,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana