Haron Din mengaku bimbangkan Mat Sabu...Itu Tanda Ahlinya Naik Menyampah

BATU PAHAT: Timbalan Musyidul Am PAS Datuk Haron Din mengaku beliau bimbang bagaimana Mohamad Sabu berdepan dengan tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya kebelakangan ini.

Bagaimanapun timbalan presiden parti itu ternyata tenang dalam menjawab segala tohmahan yang disasarkan kepada beliau, ujar Haron.

"Saya risau bagaimana dengan sikap beliau untuk jawab masalah-masalah ini. Tetapi beliau 'cool', berikan penjelasan yang tidak nampak ia satu permusuhan.

"Tetapi media yang merosakkan keadaan," katanya di dalam ucapan penggulungan di hari terakhir Muktamar PAS, petang tadi.

Muktamar PAS kali ke-60 yang bermula sejak Selasa lalu dijadikan medan bagi sebilangan besar perwakilan dan ahli-ahli parti itu menghentam dan mengkritik Mat Sabu.

Mat Sabu sebelum ini dilaporkan meminta ulama dalam PAS tidak terlalu menonjolkan imej 'keislaman' demi menghalalkan segala tindakan mereka.

Kenyataan itu menyaksikan Mat Sabu menjadi sasaran sidang Muktamar PAS sejak hari pertama persidangan itu membuka tirai, Selasa lalu.

Bukan itu sahaja, Mat Sabu menerima tekanan apabila gambarnya di bunting muktamar disimbah cat, diprotes perwakilan Pemuda PAS dengan keluar dewan ketika beliau berucap dan diaminkan doa mengkritiknya semasa sesi perbahasan pada Jumaat.

Mengulas isu yang sama, Naib Presiden PAS, Sallehuddin Ayub mempersoalkan mengapa sebilangan ahli-ahli parti mudah melatah bersabit teguran Mat Sabu terhadap Majlis Syura Ulama.

"Saya membaca dengan teliti temubual Mohamad Sabu dengan Malaysiakini. Sama ada betul atau salah, kita tunggu beliau beri penjelasan.

"Tetapi secara moralnya, adakah salah kepada beliau bercakap di dalam forum yang PAS (bersikap) terbuka? Apakah PAS bukan sebuah parti yang berpengalaman?

"PAS sebuah parti yang sarat dengan khazanah. Kita bukan tidak pernah lalui cabaran, liku atau krisis sepanjang penubuhan kita," katanya di hadapan perwakilan PAS hari ini.

Majlis Syura Ulama sebelum ini menafikan badan itu pantang ditegur.

Bagaimanapun Haron menasihati semua pihak agar tidak sewenang-wenangnya memperlekehkan keputusan Majlis Syura Ulama yang sentiasa berpegang kepada kepentingan umat Islam.

"Tahaluf Siyasi, Majlis Syura Ulama mempunyai kuasa untuk membuat keputusan mengenai kesinambungan konsep itu berdasarkan kemaslahah syarie dari semasa ke semasa.

"Jika badan ini diperlekehkan oleh kita... Adakah selama ini kita patuhi semua arahan Majlis Syura? Sedangkan semua orang tahu kita ambil tindakan berdasarkan beberapa langkah nak perkukuhkan parti untuk memenangkan keadaan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana