HAJI HADI PUNCA KRISIS MB SELANGOR KATA PEGUAM PKR...YANG HADIR SEMUA DIPERBODOHKAN

Wartawan Mstar, Ariffuddin Ishak melihat forum anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur pada Isnin menjadi medan untuk mengkritik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Tanpa berselindung, salah seorang ahli panel forum itu, bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari menempelak beberapa tindakan dan keputusan Abdul Hadi berhubung krisis politik Selangor.

“Menurut Aziz yang mengakui bercakap atas kapasiti ahli akademik dan bukannya mewakili mana-mana parti politik Pakatan Rakyat, Abdul Hadi boleh dianggap punca berlakunya krisis politik yang berpanjangan di Selangor.

“Katanya kenyataan bertentangan antara Hadi dan Jawatankuasa PAS Pusat berhubung pencalonan bagi jawatan Menteri Besar Selangor adalah punca segala masalah yang berlaku.
“Bukan sahaja Aziz, malah rata-rata penyokong dan pendengar forum berkenaan mengambil pendirian untuk menyalahkan Abdul Hadi kerana tidak merestui Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk diangkat sebagai menteri besar.

“Malah timbul persoalan di kalangan pendengar yang ingin mengetahui sama ada PAS berani mengambil tindakan terhadap Hadi termasuk mempertimbangkan agar beliau dipecat daripada PAS,” lapornya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana