Hadi lepas geram PKR curi dua ADUN PAS sokong Wan Azizah di penutup Muktamar PAS

Sebelum ini memang ada desas desus kata apa yang buat Datuk Seri Haji Hadi Awang marah sangat dalam isu Menteri Besar Selangor ialah perbuatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri PAS belot sokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
Mereka ialah Saari Sungip ADUN PAS Hulu Kelang dan Hasnul Baharuddin ADUN Morib

PAS ada 15 ADUN di Selangor dan pembelotan dua ADUN ini menghilangkan kekuatan politiknya untuk bersilat dalam isu Menteri Besar Selangor.

Ia dikatakan bukan saja amat memalukan PAS malah dilihat sebagai pengkhianatan terbuka rakan Pakatan Rakyat PKR dan DAP tikam belakang untuk capai agenda politik mereka.

Ini yang ikut ceritanya mendorong Presiden PAS itu hentam sakan pada majlis penerangan di Marang baru-baru ini dimana beliau mendedahkan PAS tidak mahu Wan Azizah kerana tidak layak.

Kalau nak tahu betul ke tak betul cakap-cakap itu....dengar sendiri rasa marah itu disuarakan  oleh Hadi dalam ucapan di penutup di Muktamar PAS ke 60 di Batu Pahat petang Sabtu.

Kenyataan tegas beliau itu mendapat reaksi spontan sokongan kalangan perwakilan dan pemerhati dalam dewan.

Sekalipun tidak menyebut PKR dan DAP,Presiden PAS itu ada barua dan broker yang terlibat dalam perbuatan mencuri dua ADUN PAS itu.

"Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf ( rujuk kepada kerjasama dengan PKR dan DAP) ?

"Kita tidak pandang ringan dua wakil rakyat kita , ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.

Beliau menyifatkan dua wakil rakyat PAS yang belot itu telah melanggar baiah,yakni perjanjian dalam parti sebagai akujanji tidak boleh khianat.

"Mana lebih besar baiah atau SD ( surat akaun bersumpah yang ditandatangani Saari dan Hasnul sokong Wan Azizah) ?" tanya Hadi.

Mereka yang hadir pada muktamar selama tiga hari ini nampak jelas mood perwakilan PAS sangat mengharapkan agar jawatan Menteri Besar Selangor jatuh ke tangan PAS.

Semasa isu berkenaan berbangkit dalam perbahasan dalam muktamar majoriti mereka menunjukkan reaksi membantah siapa saja yang meminta PAS menolak jika Sultan Selangor memilih ADUN PAS sebagai Menteri Besar.

Malah Ahli Jawankuasa Pusat PAS,Hanipa Maidin yang dalam ucapannya memberi rasional mengapa PAS tidak boleh terima jawatan Menteri Besar telah kena boo oleh perwakilan.

Beberapa perwakilan termasuk dari muslimat telah meminta muktamar membuat pendirian rasmi mengenai soal itu setelah wakil Pemuda minta menolak manakala wakil Dewan Ulamak kata PAS harus terima siapa saja dipilih Sultan Selangor.

Bagaimanapun muktamar itu tidak membuat pendirian rasmi.

Hadi sendiri tidak menyatakan pendirian jelas jika Sultan pilih ADUN PAS sebagai Menteri Besar.

Dalam ucapannya beliau hanya menegaskan PAS tidak kemaruk dan nak rebut jawatan Menteri Besar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana