HADI AWANG NI 'GEMPAK' JE LEBIH!!!

Bekas Naib Presiden PAS Nakhaie Ahmad menyifatkan ketegasan yang ditunjukkan Abdul Hadi Awang dalam Muktamar PAS tahun ini, hanya retorik semata-mata.

Ujar Nakhaie, ini kerana sehingga kini PAS masih belum dapat menterjemahkan perjuangan parti itu sekaligus memperlihatkan mereka lebih baik dari orang lain..

 "Retorik mereka sangat menariklah. Cakap-cakap macam ucapan Hadi seolah-olah PAS ini satu gerakan Islam yang besar, yang berhadapan dengan ujian kita kena teruskan dan bersabar pada hal mereka tidak dapat menterjemahkan pada sistem Islam pemerintahan PAS itu lebih baik dari BN.
 "Daripada ucapan Presiden nampak tegas, nampak begitu Islamik dan berpegang teguh pada perjuangan Islam, nampaknya mereka berjaya dalam perjuangan Islam itu hanya retorik saja tapi buatnya tidak. Sebab tak dibuktikan dengan penghayatan pun.
 "Dalam retoriknya kata beriltizam, bersatu atas Islam dan sebagainya tetapi mereka bergaduh juga," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Menurut Nakhaie, beliau sekali pun tidak terfikir apa yang diucapkan oleh Presiden PAS itu akan diterima sepenuhnya apatah lagi untuk diterjemahkan kepada satu gerakan.

Meskipun mengakui muktamar itu telah memperlihakan kumpulan ulama lebih berkuasa dan berpengaruh, namun Nakhaie berkata ia belum betul-betul menyerlah.
Abdul Hadi sepatutnya sedari awal bertindak tegas sebelum Anwar Ibrahim berjaya mempengaruhi golongan profesional dan pemimpin parti itu.

 "Sepatutnya sudah tentulah ia bertegas dari awal tetapi mungkin bersangka baik kepada PKR dan DAP yang ternyata bahawa kedua-duanya itu langsung tidak menghormati perjuangan PAS dan ketegasan itu tidak terlambatlah.

 "Tapi walaupun tidak terlambat ada risiko tertentu kerana sebahagian pemimpin PAS dan golongan profesional dalam PAS sudahpun dapat dipengaruhi oleh Anwar Ibrahim," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana