Guru Tertekan Warga Asing Guna Identitinya Buat Pinjaman Bank

GEORGETOWN 17 Sept - Seorang guru sekolah menengah di Ayer Itam di sini, kini tertekan setelah mengetahui identiti dirinya digunakan seorang wanita warga Indonesia untuk membuat pelbagai pinjaman bank hingga mencecah RM100,000.

Nurul Asilah Mohamed Sultan, 28, berkata walaupun wanita Indonesia itu telah ditahan pada 25 Ogos lepas, beliau kini terpaksa berdepan dengan pelbagai institusi kewangan berhubung masalah pinjaman itu.

Beliau juga bimbang apabila menerima berbagai-bagai surat pinjaman bank dan penyata laporan kewangan yang menggunakan nama, nombor kad pengenalan dan alamat rumahnya.

"Saya mula sedar hal ini pada April lepas apabila wang berjumah RM240 dikeluarkan daripada akaun saya. Kemudian, dia membuat pinjaman 'Easy Loan RHB' sebanyak RM12,000, pinjaman kereta RM33,000, hutang kad kredit RM4,000 dan pinjaman ASB (Amanah Saham Bumiputera) sebanyak RM51,000 yang diluluskan pada 19 Ogos lepas," katanya dalam sidang akhbar di sini, Rabui.

Menurutnya suspek juga menukar alamat bagi akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya.

Nurul Asilah berkata beliau diberitahu bahawa suspek telah membuat kad pengenalan dengan menggunakan identiti dirinya hanya dengan mengemukakan lesen memandu 'L' miliknya yang hilang tahun lepas.

"Saya pun tidak pasti bila lesen memandu itu hilang sebab sudah lama mendapat lesen memandu penuh. Bila saya rujuk pihak JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), mereka kata muka dan pusaran cap jari kami seiras," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri ACP Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana