Giliran Ketua Dewan Muslimat DAP Tibai Presiden PAS

Sejak Hadi Awang membuat kenyataan secara terbuka menolak pencalonan Wan Azizah sebagai pengganti Khalid Ibrahim bagi jawatan Menteri Besar (MB) Selangor, Presiden PAS itu telah dikecam hebat oleh rakan sekutunya dalam Pakatan Pembangkang (PR).

Hari ini giliran Wanita DAP pula menyelar pendirian Hadi Awang kerana enggan menyokong pencalonan isteri kepada Ketua Umum (KETUM) Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai MB Selangor yang baru.

Ketua Wanita DAP, Chong Eng menyifatkan Presiden PAS itu sebagai seorang 'Munafik' kerana sering berubah pendirian terutama sekali berhubung isu perlantikan menteri besar di Selangor di mana DAP dan PKR telah sepakat mencalonkan nama isteri Anwar Ibrahim untuk memangku jawatan tersebut.
Chong turut menyelar sikap Hadi Awang dan menganggap Presiden PAS itu sebagai pemimpin Islam yang tidak berotak apabila cuba merendah-rendahkan kemampuan isteri Anwar Ibrahim secara terbuka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Dr Rosni Adam tampil membela ketuanya dengan membidas kenyataan Chong dan menuntut Wanita DAP terbuka menerima kritikan. Menurut Dr Rosni lagi, PAS mempunyai alasan yang kukuh menolak pencalonan Wan Azizah sebagai menteri besar.

Baru-baru ini ketika berucap di Marang, Hadi Awang telah mengeluarkan kenyataan secara terbuka  menolak pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor di hadapan penyokongnya. Presiden PAS itu juga turut mempertikai kemampuan Wan Azizah dan menolak keputusan Anwar Ibrahim yang terus berdegil mahu melantik isterinya untuk jawatan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana