Forum Pasma di Dewan Perhimpunan Cina... Medan kecam Abdul Hadi dan PAS

Ingat nama ini... Datuk Pahrolrazi Zawawi, Exco kanan PAS Kedah penggal 2008-2013 yang melancarkan 'kudeta separuh masak' terhadap kepimpinan Datuk Seri Azizan Razak yang ketika itu merupakan MB Kedah.
Sungguhpun rancangan rampasan kuasa itu gagal, PAS terpaksa membayar harga yang mahal, kerajaan Kedah bertukar tangan.

Kini Pahrolrazi yang merupakan ADUN PAS Pengkalan Kundur Kedah, sangguh bersusah payah ambil tahu isu di Selangor dan sakan berkempen dengan menubuhkan NGO Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma). Beliau jadi Presiden.

Ada yang kata NGO ini hanyalah tempat untuk mengumpulkan kumpulan 'Anwarinas' dalam PAS dan belasah golongan ulama.

Melihat pada program sulung di Kuala Lumpur malam Isnin, boleh sahkan perkara itu.

Program Pasma ini adalah forum bertajuk PAS campur UMNO: Ke Mana Hala Tuju? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor.

Selain Pahrolrazi sendiri, yang hadir AJK PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Dr Abdul Aziz Bari.

Untuk lebih jelas siapa hadirin, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur - Selangor ini tempat yang biasa kumpulan Bersih 2.0, NegaraKu buat aktiviti atau dalam kata mudah lubuk pembangkang pro DAP dan PKR.

Ini bukan Taman Melewar, tempat orang PAS biasa berceramah, atau lubuk PAS.

Ini tempat kumpulan liberal berkumpul. Di situlah Pasma buat program sulung, memang ramai yang datang, penuh, melimpah, dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang jadi sasaran mudah.

Hadirin meluahkan kemarahan terhadap Abdul Hadi berkaitan peranan kumpulan Ulama dalam krisis menteri besar Selangor.

Turut dibangkitkan soal nak pecat Abdul Hadi dari PAS...

“Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat PKR kerana enggan menurut keputusan parti, apakah tindakan yang akan dikenakan terhadap Hadi kerana menentang keputusan parti dalam isu MB Selangor?” soal seorang hadirin disambut tepukan gemuruh.

Mengenai Pasma, Pahrolrazi berkata, penubuhan NGO itu adalah kerana mereka bimbang dengan nasib yang menimpa Pakatan Rakyat sekarang.

"Kita (Pasma) tidak mahu PR runtuh. Kalau PR jatuh kita akan kembali kepada zaman 50-an dan 60-an dahulu di mana rakyat tiada pilihan.

"Kalau runtuh PR rakyat Malaysia akan terima bencana," katanya.

Oleh itu, Pahrolrazi berkata, situasi sekarang menunjukkan PR berada dalam keadaan yang 'tenat' sehingga Pasma terpanggil untuk menyelamatkan keadaan.

Apa yang tersirat dari PAsma nak selamatkan keadaan itu tidak pulak dihuraikan beliau.

Cuma sehari dua ini, kecoh orang bercakap Pasma ini adalah PAS Baru yang ditubuhkan sebagai persediaan, jika PAS keluar Pakatan atau titendang keluar, kumpulan Anwarinas ada tempat.

Formulanya, macam gerakan ADIL yang mula-mula daftar sebagai NGO, kemudian dijadikan parti politik, PKR sekarang ini.

Pahrolrazi, orang Kedah berkata apa yang berlaku di Selangor sudah sampai kemuncak nasib PR terumbang-ambing.

"Sudah ada bayangan peristiwa ingin menukar MB, bagaimana ada percaturan daripada PAS, sudah ada perbincangan bahawa kerajaan PR boleh jatuh dan digantikan dengan Khalid Ibrahim yang akan bekerjasaama UMNO.

"Kalau tidak kerana dua wakil PAS yang memberi  sokongan kepada Datuk Seri Wan Azizah, ianya berjaya menyelamatkan keadaan.

"Sebab itu melihat situasi sekarang PR dalam keadaan bahaya, jadi kami terpanggil untuk menyelamatkan keadaan," katanya.

Turut hadir dalam forum tersebut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mujahid Yusof Rawa dan bekas pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Aziz Bari.

Dalam forum itu, Mujahid berkata tiada perjuangan dalam parti atau gerakan Islam yang mensucikan pemimpin tertentu dan mereka juga boleh ditegur kerana tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

AJK PAS Pusat itu berkata, ketaatan kepada pemimpin bukan bersifat mutlak kerana kepatuhan sepenuhnya hanya diberikan kepada perintah Allah dan Nabi Muhammad.

“Kami orang PAS dididik dengan satu hadis Nabi Muhammad, ‘ketaatan manusia sesama manusia adalah ketaatan yang tidak mutlak manakala ketaatan kepada Allah dan rasul itu adalah mutlak’,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana