Exco Selangor : Pemimpin PAS celaru

KLANG — Krisis politik Selangor sedikit reda setelah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Namun pergolakan dalaman Pakatan Rakyat (PR) masih belum selesai sepenuhnya ekoran perlantikan barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang memihak kepada PKR berbanding PAS dan DAP.
Dalam majlis angkat sumpah di istana petang kelmarin memperlihatkan barisan exco Azmin dikuasai Adun PKR iaitu seramai empat orang berbanding DAP (3) dan PAS (3).PAS yang punyai 15 Adun sebelum ini diberikan empat kerusi exco oleh bekas menteri besar terdahulu, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Keputusan Khalid memberi lebih kerusi exco kepada PAS kerana menghormati parti itu yang punyai bilangan Adun lebih banyak di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Namun keputusan menteri besar baru, Azmin Ali, mengurangkan kerusi exco dari PAS menerima pendapat bercampur oleh kepimpinan PAS.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ‘meredhakan’ keputusan Azmin dengan menyifatkan ia adalah ‘satu pengorbanan’ parti (PAS) bagi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sedia ada dapat meneruskan agenda membela rakyat d negeri yang kaya itu.
Nafi PAS Selangor setuju pengurangan kuota exco
“Apapun kita yakin beliau (menteri besar) telah berusaha mengimbangi suasana yang ada sebaik-baiknya.
“Apa yang lebih penting bagi kita ialah, ini satu lagi pengorbanan yang PAS perlu lakukan untuk melihat krisis di negeri Selangor selesai, dan Pakatan boleh bergerak ke hadapan,” katanya dipetik dari lidah rasmi PAS, Harakahdaily.

Sementara itu, bekas Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor,  Dr Halimah Ali, dilaporkan tidak berpuashati dengan barisan baru exco pilihan Azmin dengan berkata ia (barisan exco baru) tiada semangat setiakawan.

Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman pula dilaporkan menafi dakwaan bahawa PAS Selangor bersetuju dengan pengurangan jumlah exco dari parti tersebut kepada tiga sahaja.
“Kami juga telah dimaklumkan oleh PAS pusat bahawa mereka juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan ini.
“Kami merasakan bahawa tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik,” ujar Khairuddin yang juga merupakan Adun Paya Jaras.

Khairuddin juga dilaporkan oleh Harakahdaily sebagai tidak berpuashati dengan pengguguran Adun Sabak Sallehen Mukhyi dan Adun Selat Klang Dr Halimah Ali yang disifatkan beliau sebagai bertugas penuh cemerlang sewaktu menjawat jawatan exco di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim.

Nafi PAS Selangor setuju pengurangan kuota exco.Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Mohd Khairil Nizam Khirudin pula dilaporkan membuat kecaman lebih pedas apabila menyarankan agar PAS keluar dari PR kerana merasa tidak lagi dihormati rakan PR apabila Azmin bertindak mengurangkan jumlah kerusi exco dari empat kepada tiga. Namun beliau turut mengatakan bahawa ia perlukan masa untuk berpisah dari PR dan pendapat Khairil itu mendapat kecaman Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Adun PAS Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi pula berpendapat pengurangan jumlah exco PAS itu punyai hikmah tersendiri dan berpuashati dengan keputusan Azmin.
“Mungkin ada hikmahnya. Kita bergerak ke hadapan. Bagaimana kerajaan negeri yang ada pada hari ini dapat mentadbir dengan lebih baik.

“Atau sekurang-kurangnya, kesinambungan kebaikan yang dilakukan dahulu dapat diteruskan supaya rakyat dapat faedah,” katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang.
Ahmad Yunus dikekalkan sebagai exco bersama Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad yang juga Adun Chempaka.

Rakan dalam PR, DAP bagaimana pun tidak membuat sebarang kenyataan tentang kuota exco mengikut komposisi parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana