Exco Selangor : Hanya Tiga Exco PAS, PKR Tambah Satu

SHAH ALAM 26 Sept - PAS Selangor hanya memperoleh tiga kerusi dalam Barisan EXCO baharu kerajaan Selangor, berbanding empat kerusi sebelum ini.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam satu sidang media hari ini.

Azmin berkata, Sultan Selangor turut berkenan melantik empat EXCO dari PKR iaitu Elizabeth Wong, Dr Daroyah Alwi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Amirudin Shari.

"Tiga dari DAP ialah Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V Ganabatirau.

"Wakil PAS pula ialah Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib," katanya.

Majlis Angkat Sumpah jawatan Exco bakal dipersembahkan ke bawah Sultan Selangor jam 3 petang ini.



Senarai Exco Baharu : -



PKR

1. Elizabeth Wong (Bukit Lanjan)

2. Dr Daroyah Alwi (Sementa)

3. Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia)

4. Amirudin Shari (Batu Caves)



DAP

5. Datuk Teng Chang Kim (Sungai Pinang)

6. Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan)

7. Ganabatirau Veraman (Kota Alam Shah)



PAS

8. Iskandar Abdul Samad (Cempaka)

9. Dr Yunus Hairi (Sijangkang)

10.Zaidy Abdul Talib (Taman Templer)

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana