Eric Paulsen Hina Najib Umpama 'Selipar Jepun'...Macam Sial Jer Kau Ni

 KUALA LUMPUR 16 Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digelar sebagai seorang yang mempunyai sifat 'Flip-Flop' seperti selipar Jepun ekoran dakwaan Najib tidak lagi memansuhkan Akta Hasutan.

Wakil Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH), Eric Paulsen berkata Akta Hasutan perlu dimansuhkan serta merta seperti yang berlaku pada Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

"Saya malas lagi mahu mendengar Perdana Menteri kita berjanji bahawa Akta Hasutan akan dimansuhkan kerana dia asyik 'Flip-Flop' banyak kali sampai kalah selipar Jepun.
"Kita juga malas mendengar seperti menteri lain mengeluarkan kenyataan lain daripada Perdana Menteri kerana kita sendiri tidak tahu siapa sebenarnya yang bertugas dalam menjaga negara ini," katanya ketika berucap pada Pelancaran (GHAH) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini, semalam.

Tambah beliau, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang ditubuhkan pada tahun 2002 telah mengambil masa sehingga 10 tahun untuk memansuhkan Akta ISA.

Jelasnya, GHAH tidak boleh menunggu masa sehingga 10 tahun untuk kerajaan menghapuskan Akta Hasutan seperti yang berlaku pada Akta ISA dan mendesak kerajaan untuk menghapuskan akta tersebut dengan segera.

"Kita tidak boleh menunggu 10 tahun lagi. Kita mahu Akta Hasutan dimansuhkan serta merta," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana