Doa Hentam Kajang Move Dan Mat Sabu Dikecam Parti....Jarang Kita Dengar Dalam Murtamar PAS..Hari Ini Berubah

BATU PAHAT 19 Sept - Bacaan doa Perwakilan PAS Wilayah Persekutuan Dr Ahmad Azhari Arifin yang menyentuh pelbagai perkara termasuk konflik menteri besar Selangor mendapat kecaman dari para perwakilan yang hadir hari ini.

Arifin yang antaranya menyebut PAS dianggap sebagai hampas oleh rakan Pakatan Rakyatnya, PKR dan DAP dalam isu Langkah Kajang mendoakan hukuman yang setimpal dikenakan kerana membuat keputusan tanpa persetujuan PAS

"Ya Rabb, Kamu telah mengtakdirkan berlakunya Kajang Move dalam siasah di Malaysia. Kajang Move bukan ciptaan kami (PAS) tetapi ciptaan rakan tahaluf siyasi kami.

"Ya Allah, Kajang Move telah terang-terangan memainkan rakyat dalam memilih pemimpin. Kajang Move telah menodai sistem demokrasi.

"Kajang Move adalah antara cerita kartun dalam memilih pemimoin dari kalangan keluarga. Kajang Move akhirnya menjadi ketidakmatangan berpolitik," doanya ketika sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS, di sini, hari ini.

Doa Arifin yang secara langsung merujuk kepada isu krisis Menteri Besar turut mempersoalkan mengapa UMNO dan Barisan Nasional (BN) lebih tenang menghadapi situasi sama suatu ketika dahulu berbanding PAS yang menyarung 'jersey' Islam.

"Kami melihat Ya Allah bagaimana Presiden mereka (BN) mereka sahaja bercakap, mengarah dan membuat keputusan. Timbalan Presidennya tidak membantah. Apatahlagi mengeluarkan kenyataan kononnya kenyataan itu hanya pendapat peribadi.

"Begitu juga Ya Allah, kami dapati seluruh Naib Presiden dan Majlis Tettinggi mereka tidak kemaruk untuk mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan Presiden mereka," doanya lagi.

Jelas, perkara yang disebutkan Arifin berkaitan krisis Menteri Besar Terengganu yang telah diselesaikan BN suatu ketika dahulu.

Selepas berakhir doa Arifin, Pemerhati Kuala Kedah Mohd Ridzuan Abu Bakar tampil mengecam doa Perwakilan Wilayah Persekutuan itu.

Katanya, doa tidak seharusnya menjadi medium untuk menghentam rakan PR setersnya membentuk imej negatif kepada PAS yang menjunjung akhlak Islam.

"Apakah ini (menghentam individu dalam doa) merupakan akhlak di dalam Islam?.

"Kawan-kawan wartawan bukan Islam masing-masing tertanya apakah ini agama yang diajar? Kenapa kita perlu mempergunakan agama?" tegasnya kepada Pengerusi Tetap Muktamar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana